Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Lihat Gaya Fesyen Regency ‘Bridgerton’ Untuk Kamu Tiru

$
0
0

DIVA cukup kagum sekali apabila lihat wardrobe busana siri Bridgerton di Netflix baru- baru ini. Bukan sahaja jalan kisah cinta & kekeluargaan yang mengkhayalkan, malah bijak memikat mata penonton dengan helaian yang diinspirasi dari era Regency sekitar abad ke- 19.

Teruja pula kalau sekadar berangan dapat menyarung set dress ke majlis tari-menari. Dari atas hingga bawah dihiasi kerlipan permata dan dandanan rambut yang elegan. Biarpun ia sebuah gaya klasik Inggeris tapi kita masih boleh mengambil ilham untuk dibawa ke dalam dunia fesyen moden.

Foto – WWD

Agaknya apa item fesyen yang boleh kita tiru untuk feeling seperti dunia Bridgerton?

#1 Gaun 

Ini antara gaya dress wajib ada bagi setiap wanita bukan?

Foto – Glamour / H&M

Boleh pilih untuk gaun labuh atau singkat dengan tambahan perincian ropol, batu permata atau corak bunga-bungaan mengikut kehendak hati anda. Biasanya ia sangat sesuai dipakai setiap hari atau tujuan majlis kasual.

#2 Aksesori rambut

Memang tak kalah kalau lihat aksesori rambut dalam Bridgerton! Dari tiara, sepit rambut hinggalah setinggi-tinggi rambut palsu.

Foto – Netflix / Chanel

Kalau dah lama tak pakai skarf rambut ini lah masanya! Tampak feminin sekali dengan skarf rambut reben ala-ala watak Eloise ini.

#3 Rantai leher

Memang mewah betul setiap perhiasan barang kemas dalam siri Bridgerton. Tapi setiap watak mempunyai set yang tersendiri sesuai dengan peranan masing-masing. Ada yang minimalis bak Kate Sharma, ada yang ekstravaganza bak Queen Charlotte.

Foto – BuzzFeed / Van Cleef & Arpels

Jika ke majlis perkahwinan atau date-night jangan biar kosong tanpa barang kemas. Tambah seutas rantai leher dan ia mampu membangkitkan aura anggun dalam diri anda.

#4 Sarung tangan 

Pemakaian sarung tangan mungkin janggal untuk kita di Malaysia. Namun anda boleh pakai ketika majlis pernikahan atau majlis makan malam bertemakan Regency atau English Garden.

Foto – POPSUGAR / Fenty x Savage

Sarung tangan dari renda ini sesuai untuk cuaca panas dan cadangan DIVA pilih sarung tangan hanya dari pergelangan tangan sahaja. Sudah memadai dan memastikan keselesaan.

#5 Kasut flat ballet 

Ketika zaman Regency, sememangnya kasut flat ballet atau kitten heels antara pilihan yang ada sekitar itu. Walaupun tidak banyak babak menunjukkan set kasut dari Bridgerton tapi DIVA percaya ia antara aksesori yang wajib datang lengkap bersama pakaian.

Foto – New York Times / Manolo Blahnik

Senang nak ikut gaya kali ini sebab ia hanya kasut flat yang mudah dapati dan paling penting sangat selesa dipakai sepanjang hari. Bukan itu sahaja, kasut sarung bertutup ini juga boleh dipakai untuk apa jua majlis serta suasana.

Foto – WWD

Tak sabar nak tunggu Bridgerton Musim Ke-3, katanya jalan cerita lebih banyak plot twist dan apa yang paling penting mata kita akan sering dihidangkan dengan set pakaian yang cantik.

Kudos buat custome designer team Bridgerton! 

The post Lihat Gaya Fesyen Regency ‘Bridgerton’ Untuk Kamu Tiru appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271