
Siapa selebriti yang layak diangkat sebagai ikon fesyen untuk generasi masa kini?
Kalau tanya penulis, penulis rasa aktres Zendaya. Lihatlah setiap look yang dibentangkan, sama ada di jalanan atau karpet merah, semuanya effortless dan cantik sempurna di badannya.
Dengan ketinggian 178cm dan bertubuh kurus, apa sahaja yang disarung nampak elegan dan menawan sekali. Sedap mata memandang, tak keterlaluan seksinya.
- Foto – Getty
Baru-baru ini Zendaya memukau semua mata mengenakan bra top dan skirt serba merah rekaan Vera Wang ketika menerima anugerah ikon fesyen di 2021 CFDA Fashion Awards. Ini menjadikan dia penerima paling muda untuk ikon fesyen.
Apa yang membuatkan teman wanita Tom Holland ini ke depan daripada orang lain?
“Berkali-kali, dia telah membuktikan bahawa dia tidak takut untuk mengambil risiko, daripada mempertaruhkan bakat baru kepada bekerja dengan rumah fesyen mewah, fesyen Zendaya sangat berani dan tidak membosankan.
“Zendaya telah memberikan peminat dan pengikut fesyen di seluruh dunia moment karpet merah yang glamor untuk diingati.
Jom kita lihat antara moment karpet merah Zendaya yang berjaya memukau netizen.
- Foto – Getty
- Foto – Getty
- Foto – Getty
- Foto – Getty
- Foto – Getty
- Foto – Getty
Agaknya kalau di Malaysia, artis wanita yang mana selalu mengambil risiko bila berfesyen?
The post Terima Anugerah Ikon Fesyen 2021, Ini Yang Zendaya Pakai. Daring Betul! appeared first on Wanista.com.