
Tak dinafikan barangan jenama Louis Vuitton (LV) memang mahal harganya!
Walaupun mahal tapi tak rugi langsung kalau membelinya, lebih-lebih lagi beg tangannya. Memang berbaloilah kalau beli sekali seumur hidup.
Nak tahu kenapa? Beg LV merupakan jenama fesyen yang paling bernilai di dunia selain Chanel, Gucci dan sebagainya.
Kalau kamu simpan niat nak beli satu beg tangan LV, cuba pertimbangkan 8 jenis beg berikut. Bukan sahaja cantik, malah paling popular dalam koleksi beg tangan LV.
Louis Vuitton Alma
Kalau kamu nak tahu, beg yang unik ini merupakan hasil kerja cucu Louis Vuitton iaitu Gaston-Louis Vuitton. Nama beg Alma pula diambil bersempena nama sebuah jambatan di Paris iautu Alma Bridge.
Louis Vuitton Twist
Diperbuat daripada epi leather, beg ikonik ini dapat menaikkan seri penampilan kamu. Ditambah pula dengan rantai sebagai tali, memang cukup pakej!
Louis Vuitton Speedy
Tak nampak lapuk dan masih trendy, LV Speedy mempunyai beberapa saiz mengikut citarasi pelanggan.
Walaupun bentuknya nampak agak kecil tetapi beg ini sebenarnya boleh memuatkan banyak barang.
Louis Vuitton Neverfull
Sama seperti namanya, beg tote serba muat ini menjadi kegemaran ramai sejak dikeluarkan pada tahun 2007. Reka bentuk yang ringkas dan cantik ini sesuai untuk kegunaan harian.
Louis Vuitton Capucines
Nampak elegan dan sangat minimalis! LV Capucines merupakan beg klasik yang dikeluarkan pada tahun 2003.
Fakta menarik untuk kamu, nama Capucines diambil bersempena nama butik pertama LV pada tahun 1854 iaitu Rue Neuve-des-Capucines.
Louis Vuitton Looping Bag
Satu perkataan yang sesuai untuk beg LV Looping Bag iaitu limited edition. Ini kerana beg vintaj ini tidak lagi dihasilkan dan dijual selepas dikeluarkan pada tahun 2002.
Direka dalam bentuk yang ringkas, beg ini boleh boleh didapati dalam beberapa jenis saiz mengikut keperluan pelanggan LV.
Louis Vuitton Petite Boite Chapeau
Info untuk kamu, beg LV Petite Boite Chapeau ini wujud hasil inspirasi daripada Louis Vuitton hatbox. Menarik kan?
Louis Vuitton Pochette Accessoires
Beg ini menjadi popular gara-gara gaya 90-an yang kembali ‘menguasai’ dunia fesyen. Beg vintaj ini hanya boleh memuatkan barangan yang kecil dan praktikal sahaja seperti telefon bimbit, compact powder, lipstick dan kunci.
Kalau tak tahu nak beli yang mana, pastikan kamu beli beg LV yang popular di atas okay? Happy shopping!
The post So Cantik, 8 Beg Louis Vuitton Yang Ini Paling Popular! appeared first on Wanista.com.