Menonton video pembuatan sneakers secara tangan di laman Facebook Christian Dior memang terhibur dan terpana.
Disebabkan itu, setiap koleksi sangat istimewa, penuh perincian dan terhad, proses pembuatan mengambil masa yang lama dan rumit untuk disediakan.
Pada pendapat penulis, Dior mengikuti perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik dan simbol ‘D’, walaupun merupakan rekaan kolaborasi.
Kenapa Setiap Koleksi Dior Mahal?
Setiap rekaan Dior dibuat secara handmade dan memerlukan berjam-jam kerja untuk menyelesaikan setiap satu koleksi. Jadi, tak hairanlah harganya agak menggila.
Sneakers Dior Selesa Ke?
Model untuk setiap sneakers Dior menggunakan material yang berkualiti. Di dalamnya disertakan insole – diperbuat daripada getah, yang memberi keselesaan dan kestabilan pada kaki si pemakai.
Sneakers Dior tidak dibuat untuk berlari, tetapi jika anda selesa mengapa tidak.
Dior menghasilkan banyak koleksi sneakers yang boleh dikatakan cantik-cantik, dan sesuai untuk lelaki dan wanita.
B23 High-Top
- Foto – Pinterest
Walk’N’Dior Low-Top
- Foto – Pinterest
Dior Air Jordan 1
- Foto – Pinterest
D-Connect
- Foto – Dior
Dior-ID
- Foto – Pinterest
Dior B24
- Foto – Pinterest
Dior B27
- Foto – Pinterest
Putih mata melihat setiap tanda harga sneakers Dior. Jangan pulak nanti dapat duit i-sinar, habis untuk ini pula ye.
The post Sneakers Jenama Mahal Paling Cantik Milik Christian Dior appeared first on Wanista.com.