Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Orang Zaman Sekarang Tak Pakai Skinny Jeans Lagi, Tapi Jenis Seluar Ini

$
0
0

Beberapa minggu sudah, hangat di TikTok perbalahan antara generasi Z dan milenial berkaitan skinny jeans.

Kata generasi Z, skinny jeans merupakan fesyen yang tak patut kembali dan harus terkubur. Generasi milenial pula menyatakan skinny jeans ada memorinya tersendiri dan tak pernah lapuk. Tak kisahlah kerana setiap orang ada fesyen kegemaran masing-masing.

Apa pendapat anda tentang skinny jeans? Skinny jeans memang nampak cantik untuk orang yang miliki pinggul dan kaki yang kecil, ianya mengikuti susuk tubuh dan nampak elok terletak. Yang tak seronok, bila ia ketat dan kadangkala senak perut, bahagian paha dan celah kangkang agak tidak selesa.

Oleh itu, kalau anda nak bertukar kepada fesyen seluar yang lain, berikut di bawah boleh dipertimbangkan. Kebanyakan trend ini lebih kepada seluar longgar dan bertekstur. Memang bikin penampilan menarik dan bergaya.

Straight Cut

Foto – Pinterest

Seluar berpotongan lurus pilihan selamat kebanyakan wanita zaman sekarang. Selesa dan nampak cool!

Flare

Foto – Pinterest

Ala-ala seluar bell bottom zaman dahulu kala. Material selalu dari kain nipis dan bercorak.

Tapered

Foto – Pinterest

Seluar tapered pula mempunyai potongan pinggul lebar namun kecil di bahagian betis hingga ke pergelangan kaki.

Track

Foto – Pinterest

Seluar sukan untuk anda yang sukakan gaya altetik.

Corduroy

Foto – Pinterest

Material seakan baldu, tapi seluar corduroy mempunyai tekstur pada permukaannya berbentuk jalur-jalur timbul.

Wide Leg

Foto – Pinterest

Potongan seluar yang berkaki lebar begini sangat selesa kerana tidak melekap pada kaki.

Perasan tak jenis-jenis seluar di atas lebih selesa dan sopan, dibandingkan dengan skinny. Selamat tinggal skinny jeans, hello seluar longgar!

The post Orang Zaman Sekarang Tak Pakai Skinny Jeans Lagi, Tapi Jenis Seluar Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271