Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Cantik Bergaya Dengan Hana Tajima X UNIQLO 2020 Fall/Winter

$
0
0

Tema terbaru daripada musim LifeWear, “Wearing Our Own Personal Stories” merupakan barisan pakaian dari Hana Tajima X UNIQLO 2020 Fall/Winter yang akan dikeluarkan pada 7 Ogos 2020. Barisan pakaian daripada Hana Tajima ini berfokuskan kepada wanita yang ingin berhubung dengan perasaan mereka dan menyatakan identiti peribadi mereka.

Hana Tajima merupakan seorang perek fesyen kelahiran United Kingdom, telah mengubah cara berpakaian wanita-wanita muda di seluruh dunia. Fesyen beliau yang  moden kontemporari dan reka bentuk, dan serba boleh mendapat ramai perhatian daripada antarabangsa.

Foto – Arkib Wanista

Kini, bekerjasama dengan UNIQLO 2020 Fall/Winter, Hana telah mengulas tentang koleksi terbaru beliau, “Kami para wanita selalu menyesuaikan diri untuk perubahan. Saya sentiasa mahukan pakaian yang selalu menjadi sebahagian daripada saya, iaitu pakaian yang mudah bergerak tanpa halangan dan mudah digayakan dari satu gaya ke gaya lain.”

Foto – Arkib Wanista

Selain mengekalkan keselesaan pada koleksi pakaiannya, Hana memberi fokus kepada bentuk pakaian berbanding dengan perhiasan, “Saya mahukan koleksi ini, mengetengahkan maksud feminin. Jadi, sekiranya si pemakai memakai pakaian ini, ia akan membiarkan kisah si pemakai menjadi kisah apa yang mereka pakai.”

WEARING OUR OWN STORIES

Foto – Arkib Wanista

Dilengkapkan dengan idea Hana bahawa pakaian perlu mengekspresikan identiti si pemakai dan memberikan keyakinan dan ketenangan. Tidak terhad dan berasa selesa, sambil menyatakan kecantikan wanita yang berdikari melalui silhouette dan perincian pada pakaian, reka bentuk pakaian Hana Tajima X UNIQLO 2020 Fall/Winter dihasilkan bertujuan untuk menyesuaikan diri dengan fleksibel dan bentuk badan yang sentiasa berubah.

Foto – Arkib Wanista

Warna vibrant botani yang digunakan oleh Hana telah membangkitkan aura alam semula jadi. Warna gelap neutral pada baju dan seluar telah membuatkan koleksi pakaian ini kelihatan lebih feminin dan bergaya.

Foto – Arkib Wanista

Sama seperti koleksi sebelum ini, 2020 Fall/Winter merangkumi kepelbagaian budaya yang kaya dan menawarkan keselesaan dan keanggunan kepada semua wanita tanpa mengira usia, budaya atau kepercayaan agama.

KOLEKSI HANA TAJIMA X UNIQLO 2020 FALL/WINTER

Untuk keseluruhan koleksi, anda boleh melayari laman web khas iaitu HANA TAJIMA X UNIQLO 2020 FALL/WINTER.

Foto – Arkib Wanista

 

Barang Harga (di Jepun, tidak termasuk cukai penggunaan) Barang Harga (di Jepun, tidak termasuk cukai penggunaan)
Pakaian Luar RM 149.90 – RM 249.90 Stoles RM 59.90
Seluar dan skirt RM 79.90 – RM 149.90 AIRism Inner Hijab RM 29.90
Gaun RM 149.90 – RM 199.90 AIRism Headband RM 24.90
Tops dan tunics RM 79.90 – RM 129.90 AIRism High-Neck T-Shirt RM 59.90

Anda boleh dapatkan koleksi Hana Tajima X UNIQLO 2020 Fall/Winter bermula 7 Ogos 2020 di UNIQLO seluruh negara dan dalam talian di laman web UNIQLO.

The post Cantik Bergaya Dengan Hana Tajima X UNIQLO 2020 Fall/Winter appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271