Ines de la Fressange telah berkolaborasi dengan UNIQLO untuk 2020 Fall/Winter Collection untuk meraikan simbol kebebasan wanita 1970-an. Susunan 39 pakaian akan didapati di Uniqlo Fahrenheit 88 dan KLCC UNIQLO serta di laman rasmi UNIQLO mulai Jumaat 28 Ogos.
Bermotifkan pakaian mewah dan menjadi satu keperluan untuk setiap wanita memiliki koleksi ini, Ines telah merancang untuk menhasilkan satu pakaian yang dapat dimiliki oleh setiap wanita dengan menonjolkan kecantikkan si pemakai dan seiring dengan falsafah LifeWear iaitu dengan menyediakan pakaian berkualiti tinggi dan inovatif dalam reka bentuk dan keselesaan untuk memenuhi keperluan gaya hidup harian.
SIAPAKAH INES DE LA FRESSANGE?

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga bangsawan di Perancis, Ines menjadi model antarabangsa ketika memulakan kariernya pada usia 17 tahun. Menjadi inspirasi kepada beberapa jenama fesyen yang tekenal dan kini menjadi ikon gaya dalam kalangan fesyen.
Ines melancarkan semula jenama keluarannya pada tahun 2013 iaitu Ines de la Fressange Paris. Ines telah berkolaborasi dengan UNIQLO sejak mengeluarkan LifeWear 2014 Spring and Summer Collection.
GAYA FESYEN TAHUN 70-AN

Diinspirasikan oleh beberapa wanita yang melambangkan kemerdekaan dan fesyen pada tahun 70-an seperti pelakon, penulis lagu, model Jane Birkin dan penyanyi-penyanyi lagu Françoise Madeleine Hardy,
“Kebanyakkan wanita pada tahun 70-an mempunyai keinginan dan bertekad untuk melepaskan diri daripada terikat dengan tradisi. Mereka yang telah bebas daripada terikat dengan tradisi ini telah mengambil fesyen dan kehidupan baru ke arah yang lebih baik,” ujar Ines.
TIGA TEMA GAYA UTAMA
#1 BOHEMIAN

Diinspirasikan oleh budaya free-spirited pada tahun 1970-an, pelbagai jenis twist pleated skirts dan gaun yang bercorakkan paisley (mempunyai cetakan polka dots). Sesuai dengan musim ini, pelbagai knitwears yang menampilkan corak folkloric Fair Isle.
Untuk pertama kalinya, kolaborasi reka bentuk UNIQLO/INES DE LA FRESSANGE diperbuat dengan teknologi seamless 3D Knit yang membuatkan si pemakai berasa selesa dan corak pada baju jelas kelihatan.

#2 NEOBOURGEOIS

Tema kedua adalah Neobourgeois iaitu 100% blaus sutera dan wrap dresses yang perlu ada bagi setiap wanita. Pakaian daripada tema ini boleh dipadankan dengan jaket gaya mouton, long cardigan dan culottes untuk acara santai.

#3 MANNISH

Pada tahun 1970-an, kebanyakkan wanita mengadaptasikan gaya ini iaitu gaya Mannish. Gaya ini termasuklah dengan koleksi jaket, tweed jackets yang klasik, corduroy pants dan beberapa keperluan pakaian maskulin.

HARGA KESELURUHAN KOLEKSI
Barangan |
Harga |
Barangan |
Harga |
|
Pakaian luar | RM249.90 – RM599.90 | Knits | RM149.90 – RM349.90 | |
Seluar dan skirts | RM129.90 – RM249.90 | Gaun | RM199.90 – RM499.90 | |
Baju | RM129.90 – RM249.90 | Aksesori | RM79.90 – RM199.90 |
(Nota: Harga di atas adalah sementara dan boleh berubah.)
Jika anda berminat dengan koleksi Ines de la Fressange, anda boleh melayari laman web khas koleksi ini iaitu UNIQLO/INES DE LA FRESSANGE 2020 Fall/Winter Collection.
The post Cantik Sangat Koleksi Fall Winter Milik Ines De La Fressanger Di UNIQLO appeared first on Wanista.com.