Gaya fesyen sering berubah mengikut peredaran empat musim yang sentiasa berkunjung tiba. Jika pada bulan April dipenuhi dengan fesyen gaya bunga-bungaan, kini musim sejuk pula bakal tiba pada penghujung bulan Ogos. Pastinya ramai akan mengayakan baju-baju tebal dengan warna yang sinonim pada musim sejuk.
Pada anda yang gemar dengan corak floral tak kira masa! Jangan risau, THE TWEE telah mengeluarkan satu koleksi menarik untuk dipakai sepanjang musim sejuk dengan penampilan kasual floral.
The Twee antara jenama fesyen global dari Korea yang menyediakan pelbagai trend koleksi fesyen dan aksesori khususnya yang minat dengan gaya fesyen Korea untuk lelaki dan wanita. Kini mereka juga membawakan satu koleksi terbaharu dengan kombinasi fesyen musim bunga dan sejuk dalam satu gaya.
Pereka Fesyen Anuar Faizal yang pernah dilanda kontroversi beberapa ketika dahulu kerana berani tampil dengan rekaan Baju Melayu bersifat eksentrik yang lari dari ciri rekaan Baju Melayu asli kini bangkit dengan beberapa ilham baru lebih segar bersempena Lebaran 2017.
Istimewa untuk lelaki berjiwa moden dan meminati fesyen unik, koleksi lebaran 2017 AF by Anuar Faizal mengetengahkan konsep ringkas bersahaja namun masih lagi mampu memberikan aura keterujaan buat si pemakai serta sesiapa yang melihatnya.
Terdapat dalam tiga rekaan termasuklah Baju Melayu bersampin, padanan Kurta bersama seluar serta Jubah.
Palet warna yang dimanfaatkan pula adalah berasaskan warna-warna menonjol dan garang termasuklah jingga terang, merah gelap, champagne, ungu dan hijau lumut.
Masing-masing mempunyai karakter tersendiri dan ringkas tanpa perlu melebih-lebih untuk digayakan secara kasual mahupun formal.
Untuk meraikan kewibawaan pereka yang bijak bermain dengan kelainan ekstrem ini, label fesyennya Anuar Faizal berkolaborasi bersama pihak Galeri Seni Universiti Malaya untuk menjayakan satu pameran khas yang melibatkan pereka fesyen pertama tempatan untuk mempamerkan karya seni agung serta berkongsi perjalanan mencabar bagi meraih nama dan tempat dalam industri pembuatan pakaian.
Pameran Anuar Faizal dianjurkan selama sebulan bermula semalam dan masuk adalah percuma untuk semua peringkat umur.
Kecantikan ialah perkara subjektif dan setiap wanita mempunyai karakteristik sendiri dalam menampilkan sifat cantiknya. Vogue Eyewear meraikan kecantikan wanita dengan menfokuskan stail individu sesuai untuk dipakai oleh sesiapa sahaja dengan yakin dan bergaya.
Koleksi Musim Bunga-Panas ingin direka elegan bagi menghasilkan gaya feminin bagi memberi setiap wanita melihat sudut dunia dari prespektif mereka sendiri. Ia menampilkan warna-warna kaca mata yang terbaharu dan bahan yang terbaik untuk dijadikan sebagai aksesori paling gah untuk wanita kosmopolitan.
Kalau anda lihat di Instagram kini terdapat lambakan model segera yang sering terpampang dimana-mana jenama pakaian atau kecantikan. Apa yang penulis perasan, mereka mempunyai kriteria wajah ayu dan boleh memakai kanta lekap. Dan apa yang penulis faham untuk menjadi seorang model ialah mereka mempunyai keunikan pada rupa dan mempunyai karakter apabila berjalan di pentas peragaan. Menjadi seorang model bukanlah setakat anda tahu posing dihadapan kamera anda juga bakal menjalani pelbagai ujian tentang pengetahuan anda mengenai fesyen dan latar belakang client untuk anda bekerja.
Kepada anda yang sedang menggengam cita-cita untuk menjadi seorang model, ingat tiada apa yang lebih mudah daripada menghasilkan kepingan gambar yang menarik untuk jenama fesyen dan kecantikan tanpa secalit solekan. Mampu?
Penulis ingin berkongsi tentang individu yang paling penulis kagum dan memberi inspirasi dalam dunia fesyen iaitu…
Naomi Campbell
Foto – Getty Images
Kenal?
Dia digelarlagenda, inspirasi, ikondalam dunia modelling. Sesiapa sahaja mahu menjadinya, namun jangan sesekali anda bandingkan diri anda dengan dirinya. Seawal usia 15 tahun, Naomi sudah pun menginjak dalam kerjaya modelling. Berasal dari tanah British, dia tidak pernah mengenali siapa bapa kandungnya dan dijaga oleh saudara ketika ibunya sibuk mengembara sekitar Eropah bekerja sebagai penari. Walaupun hidupnya tidak sempurna, Naomi berjaya memasuki Italia Conti Academy of Theatre Arts sebagai pelajar balet. Bayangkan hanya berusia 16 tahun, dia sudah pun menakluk muka hadapan Majalah Elle versi British.
Foto – Pinterest
Apa yang membuatkan orang menggelarkan Naomi Campbell supermodel dunia?
Hasil fotografi yang sangat tinggi kualiti/high end fashion photo
Terbaik hanya dari Naomi, kerana dia tahu apa yang client inginkan darinya dan bijak memainkan peranan untuk tidak overshadow produk.
Foto – W MagFoto – PinkoFoto – Vogue
Walk Naomi umpama berjalan di atas air
Peranan paling penting seorang model ialah memiliki gaya walk/catwalk paling menarik dan yakin. Dia tidak perlu berasa ragu-ragu dan pandai memain pesona untuk menyerlahkan produk yang dipamerkan di pentas peragaan. Tonton 10 catwalk ikonik dari Naomi…
Tegas, tetap pendirian dan tidak lokek berkongsi ilmu
Naomi pernah menjadi mentor dalam rancangan realiti The Face. Sememangnya Naomi seorang tidak mahu mengalah dan sangat tegas pada anak didiknya. Walaupun dilabel sebagai individu yang menakutkan dan garang, tapi anda akan dapat lihat dia mengajar setiap anak kelahiran model dengan cara yang terbaik.
The Face Musim Pertama. Foto – Chris Lobina/Sky Living
Tidak mencari populariti dalam dunia model
Bayangkan sekitar 90-an model dari kulit hitam tidak dibayar sama banyak seperti model kulit putih dan Naomi tidak pernah diterima dalam kempen solekan sehingga akhir tahun 1999. Bagi Naomi kemasyhuran yang dia kini miliki bukannya yang dia cari. Ia datang dari kerja keras dan sikap tak putus asa dalam mencari peluang. Mendengar kata, terbuka untuk menerima kritikan dan mempunyai disiplin yang tinggi merupakan perkara yang sentiasa Naomi pastikan yang ada dalam diri seorang model. Jadi tidak pelik Naomi telah 65 kali menjadi muka hadapan Majalah Vogue.
Naomi dan Kate Moss tahun 1996. Foto – GlamourNaomi bersama Kate Moss yang juga rakan baiknya selama 25 tahun dalam dunia modelling. Foto – TheFashionSpot
Original
Walaupun Naomi tidak terlepas dari isu-isu panas dan kontroversi, dia tetap mengekalkan originality atau keaslian yang dia miliki. Bukan setakat keaslian kecantikan, malah dia tidak berpura-pura untuk menjadi dirinya sendiri. Menakutkan, garang, berlagak diva, kata lah apa sahaja tentang Naomi..dia tetap Naomi Campbell.
Foto – Google
“What Makes A Person Is The Ability To Look At Themselves And Deal With Their Own Lives” – Naomi Campbell –
Jarang sekali kita mendengar jenama tempatan yang baru menapak dalam dunia fesyen mencipta rekaan yang berani. Baru-baru ini di Slate @ The Row, Kuala Lumpur berlangsungnya pertunjukan fesyen untuk koleksi hari raya ‘Eid Modest Collection 2017’ yang dianjurkan oleh Moslema In Style. Penulis sempat melihat pertunjukan fesyen dari jenama Watie’s Collection yang menampilkan 8 koleksi rekaan baju hari raya eksklusif dengan pelbagai corak dan warna pilihan.
Foto – arkib Wanista.com
Menggunakan fabrik satin, bercorak floral dan sifon lisu, pereka dari Watie’s Collection bijak bermain fabrik dan membiarkan ia tidak kelihatan keterlaluan. Warna trend pastel iaitu hijau, merah jambu, ungu dan biru tidak ketinggalan dalam setiap helaian. Menariknya walaupun tidak meletakkan sebarang perincian kilatan, fabrik satin itu sendiri yang memberi eleman bling-bling.
Bagi anda yang ingin mendapatkan rekaan moden selain dari baju kurung, kebaya atau jubah, Watie’s Collection sedia cetusan idea yang terbaharu. Gabungan moden dan tradisional dalam setiap helaian tidak menjejaskan dua elemen tersebut malah memberi nafas baru untuk anda tampil berbeza di hari lebaran.
Puteri Diana memang tak boleh lari dari gayanya yang menawan sebagai seorang ikon yang sering menjadi titik tumpuan umum. Drai dress yang digayakannya sehinggalah teknik solekan dan aksesori yang dibawanya, semuanya bersifat sofistikated dan tersendiri.
Foto -Getty Images
Namun, jika anda gemar mengikuti perkembangan trend semasa fesyen yang digayakan Puteri Diana ini, anda pasti akan perasan bahawa beliau akan menggenggam beg kepit sebagai peneman gaya walau apa sahaja majlis korporat yang dihadirinya.
Foto -Tim Graham/Getty Images
Walau bagaimanapun, hakikatnya beg kepit yang dirangkulnya itu bukanlah sebagai pelengkap gaya semata-mata… ada tujuan lain mengapa dia gemar membawa bersama item fesyen tersebut. Lebih-lebih lagi apabila memegang status sebagai seorang Puteri yang disanjung ramai!
Foto -Tim Graham/Getty Images
Pabila dia memakai gaun atau dress yang memiliki potongan leher rendah, dia sering kali merangkul beg kepit dekat dengan dadanya untuk menutupi lurah seksi di bahagian tersebut. Hmm… biasalah, apabila sering menjadi perhatian, tata cara juga haruslah dijada kan?
Foto -Getty Images
Anya Hindmarch, pereka terkemuka British yang sering berhadapan dengan Puteri Diana sekitar tahun 90an berkata bahawa ikon fesyen tersebut sering melawati butik Hindmarch untuk mencari clutch yang disukainya sehinggakan mereka berdua mempunyai terma spesifik untuk tas tangan kegemaran Diana itu: cleavage bags (beg lurah).
Foto -Getty Images
“Kami sering tertawa sewaktu kami mereka tas yang dia gelar “cleavage bags”, tas tangan clutch satin yang dia sering gunakan untuk menutup lurah dadanya tiap kali dia melangkah keluar daripada kereta,” terang Hindmarch.
Foto -Getty Images
Menurut portal berita The telegraph, Puteri Diana merupakan antara pelanggan pertama Hindmarch selepas dia membuka butik pertamanya di Chelsea pada tahun 1993. Hindmarch menggambarkan Diana sebagai seorang pelanggan yang sangat setia dan dia sering ke butik Hindmarch tanpa sebarang pengawalan.
Jika yang lain sedang berlumba untuk menghasilkan rekaan moden, lain pula dengan pereka fesyen tersohor Malaysia memilih fesyen dari tahun 1950, 1960 dan 1970 dalam koleksi raya terbaharu milik beliau Petang Raya 2017/18.
Koleksi ini diinspirasi dari ikon dan selebriti Melayu seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan Rahimah Alias yang dianggap seperti Faye Dunaways dalam dunia perfileman Melayu.
Melalui tiga era yang beliau pilih, tanpa ragu-ragu beliau menghasilkan baju kurung dengan menambah elemen retro. Menggunakan fabrik bercorak untuk 1970, potongan dan tekstur fabrik tersendiri untuk tahun 1950 dan 1960 memberi nafas baru dalam kebebasan fesyen yang tidak mengatur sempadan.
Bernard juga menghasilkan busana kontemporari yang dimasukkan aura pakaian sukan khas untuk wanita Melayu yang gemar mengembara iaitu Sport Kurung, Sarong Pant dan Baju Kedah berlengan tinggi, gaya baru ‘Fish Tail’ dan aerodinamik Kaftan.
Tidak ketinggalan untuk kaum Adam, Baju Melayu dari Bernard diberi nafas baru dengan menambah elemen pakaian sukan, warna neon dan khas untuk menampilkan kemewahan dalam berfesyen,
Ramadhan pun tiba, persiapan raya sedikit demi sedikit sedang dilakukan baik buat yang sudah berkeluarga mahupun yang masih bujang agar tidak kelam-kabut di saat-saat akhir.
Jika dahulu, ramai yang perlu berasak sesama sendiri menempuh kebanjiran individu di pusat-pusat membeli-belah serta kawasan-kawasan tumpuan yang menjual keperluan raya lain seperti Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR.
Meskipun begitu, dengan ada banyaknya kemudahan teknologi moden masa kini, pengguna tidak perlu lagi memenatkan diri mengharung kesesakan dalam mendapatkan baju raya idaman.
Fazbulous Kurung Pahang.
Go Shop iaitu sebuah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi saluran Astro118 dan 303 bagi membolehkan penonton untuk menempah serta membeli dalam sekelip mata dengan hanya membuat panggilan ke talian bebas tol 1800-82-0088.
A post shared by A M A L I N A BT H I S H A M (@emer_amalina) on
Lebih mengujakan, baru-baru ini Go Shop terus membangkitkan aura Aidilfitri dengan menawarkan seleksi pilihan baju raya menarik untuk lelaki dan wanita termasuklah label fesyen baharu Hawa Adara yang fokus kepada rekaan modes pilihan wanita Muslimah. Bukan sahaja mesra pengguna bahkan ringkas memenuhi ciri-ciri pemakaian seorang wanita Muslim sejati.
Fara Fauzana sebagai duta Hawa Adara.
Ditawarkan dalam pelbagai warna dan saiz, antara koleksi Hawa Adara adalah termasuk Tudung Sofea(RM149), Tudung Baiduri(RM199) dan Jubah Aaira (RM199).
Tudung Sofea diperbuat daripada material selesa dan tidak memeritkan kepala biarpun dipakai sepanjang hari, rekaan bermutunya disediakan dalam rona pilihan lembut seperti merah jambu keunguan, hijau buah zaitun, kelabu, merah belacan, biru gelap dan banyak lagi manakala Tudung Baiduri pula ditawarkan dalam warna yang lebih garang seperti coklat samar, hijau, ungu serta dihiasi perincian manik kristal ala fesyen mewah kegemaran wanita sofistikated. Dalam masa yang sama, anak tudung atau inner akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian tau!
Jubah Aaira dalam rona biru elektrik dan jingga perang.
Jubah Aaira dicipta untuk golongan modes, baik yang bertudung mahupun tidak, wanita yang gemar gaya sopan bisa menggayakannya tanpa jemu kerana potongan rekaan jubah ini adalah berlandaskan potongan longgar jenis “A cut”. Sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, ia juga adalah mesra pengguna yang memudahkan ibu menyusukan bayi serta para wanita lain setiap kali ingin mengambil wudhu. Harga yang ditawarkan untuk koleksi Jubah Aaira adalah serendah RM199 yang hadir bersama sehelai selendang percuma.
A post shared by Go Shop Malaysia (@shopatgoshop) on
Jenama fesyen lain yang turut serta bersama Hawa Adara dalam menawarkan busana Aidilfitri 2017 adalah seperti Naelofar Hijab, Fazbulous Kurung Pahang rekaan Fazura, Telekung Royale Orchid, Leanen Tudung, Camelia Jubah dan banyak lagi!
Ayuh sertai kemeriahan membeli-belah serta memenuhi keperluan fesyen raya anda dengan mudah hanya di Go Shop!
Tinggal lagi dua minggu untuk mengatur segala persiapan untuk hari lebaran! Siapa disini teruja untuk menyambut hari Raya atau anda lebih teruja dengan fesyen Raya untuk tahun ini?
Sebelum bulan puasa lagi, kita sudah melihat banyak nama-nama besar fesyen tempatan melancarkan rekaan fesyen Raya. Fesyen raya kini bukan semata-mata pada baju Kurung atau baju Kebaya, sudah ramai yang keluar dari kelompok tradisional dengan memilih Jubah atau potongan rekaan moden sebagai nafas baru berfesyen.
Wanista tampilkan beberapa pilihan rekaan Baju Raya 2017 yang menepati ciri-ciri fesyen terkini…
Banyak lagi pilihan baju raya 2017 yang telah Wanista kongsikan dengan anda, kalau terlepas baca, jangan risau dengan mudah anda klik https://www.wanista.com/tag/fesyen-raya-2017/untuk lihat pelbagai rencana Wanista mengenai rekaan dan koleksi baju raya 2017.
Buat julung kalinya, UNIQLO tampil merasmikan pembukaan cawangannya yang ke-40 di Sky Avenue Mall. Genting Highlands.
Untuk menyambut kemeriahan tersebut, pelanggan yang membeli barangan bernilai RM200 ke atas layak menerima beg tote serta pelbagai promosi menarik!
Jelas wakil UNIQLO Malaysia, “Selepas kejayaan pembukaan gedungnya yang ke-39 di Malaysia, ternyata UNIQLO sangat komited dengan faksafah LifeWear untuk mengetengahkan fesyen yang berkualiti tinggi, selesa serta bergaya. Tidak lupa, setiap helaian juga haruslah mampu milik.
Foto -Arkib Wanista
Tambahnya, “Kami juga mahu si pemakai berasa teruja kala memakai pakaian yang dihasilkan kami bahkan kami berasa amatberbangga kerana sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya ke tahap ini”.
Sumber: Facebook/Uniqlo Malaysia
Untuk pengetahuan semua, bagi pelanggan terawal yang telah berkunjung ke cawanagn UNIQLO Genting Highlands tempoh hari, mereka adalah antara insan yang bertuah kerana dapat melihat dan membeli terus koleksi Hana Tajima for UNIQLO terkini istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2017.
Nama-nama besar selebriti senang mempengaruhi gaya fesyen terkini. Tidak kisahlah gaya apa pun jika ia berpadanan pasti ia bakal menjadi ikutan netizen dan peminat yang gemar berfesyen. Rumah-rumah fesyen terkemuka juga mudah mengambil tempat untuk memperkenalkan jenama mereka dengan menaja atau berkolaborasi dengan selebriti terbabit.
Menariknya di pertengahan tahun 2017 ini, sempena fesyen musim panas Wanista tertarik dengan pilihan gaya kaca mata dari penyanyi Rihanna dan model Kendall Jenner. Mereka sering kali tampil dengan kaca mata rekaan diinspirasikan dari tahun 50-an yang terkenal dengan bentuk cat-eye.
Foto – Chronically Vintage
Sememang bentuk cermin mata eye-cat ini benar-benar menyerlah dan sesiapa yang berani sahaja boleh yakin tampil untuk gaya harian. Ianya dari bingkai tebal dengan rekaan hujung bingakai runcing keatas. Kaca mata jenis ini dapat memberi ilusi wajah runcing pada si pemakai sebenarnya.
Jom kita lihat penampilan Rihanna yang selamba memadankan busana karpet merah dengan kaca mata eye-cat!
Foto – RTL.fr
Ini kemunculan Rihanna di karpet merah Filem Festival Cannes 2017 dengan busana dan kot labuh putih dari Christian Dior dan aksesori dari Chopard. Mungkin Rihanna sangat menghargai musim panas di Perancis dia memilih kaca mata dari Andy Wolf sebagai pelengkap gaya.
Foto – http://tomandlorenzo.com
Jangan main-main ya, rekaan bingkai kaca mata ini reka khas untuk Rihanna ‘OJALA’.
Foto – http://tomandlorenzo.com
Bukan Rihanna sahaja yang galak menayang #throwback eye-cat ini, model Kendall Jenner dan Gigi Hadid juga mempamerkan gaya yang sama.
Gigi Hadid bersama kaca mata merah kegemarannya dari Le Specs x Adam Selman The Last Lolita Sunglasses in Red. Foto – hadidcloset.comKendall Jenner di acara Milan Fashion Week Februari lalu. Foto – CelebMafia
Begitu juga dengan si manis Selena Gomez yang memilih bingkai eye-cat dan cermin warna neon oren.
Setiap orang pasti rasa berdebar-debar dan tak menentu bila nak keluar, apatah lagi jika kali pertama. Biasanya, anda akan berfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya.
Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih-lebih pula. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut. Jadi, apakah yang patut anda pakai ketika keluar dating?
Foto – Pinterest
Sebelum itu, ini dua ‘larangan’ ketika ingin bersiap untuk dating:
Pakaian jangan over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, funky, geek, tradisional, kpop? Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh.
Jangan memilih pakaian yang seperti keluar dari almarinya
Apa maksudnya? Lelaki sukakan pakaian yang kelihatan feminin, flirty – jenis kain renda, floral, kain lembut. Mereka tidak mahu anda memakai pakaian yang terlalu konservatif seperti army jacket ataupun jenis yang baggy, fesyen yang agak kelakian.
Hari ini Wanista ingin bawakan anda beberapa tips fesyen dalam menggayakan jam tangan pilihan, adakah jam tangan tersebut sesuai dengan gaya kasual, formal, klasik dan paling penting adakah ia bersesuaian dengan outfit pilihan harian. Kalau betul dress yang dipakai bersama jam tangan pilihan maka anda sudah cukup sempurna untuk berjumpa dengannya.
Jadi, Wanista sediakan 4 idea flat lay untuk anda bergaya sakan ketika dating, tidak kisahlah gaya kasual mahupun formal, Wanista berikan kepada anda.
Sporty
Foto -Arkib Wanista
Untuk gaya sporty, memadai anda mengenakan t-shirt bersama tight ataupun tracksuit. Gaya ini sesuai untuk yang jenis suka lakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya. Untuk pemilihan jam tangan, semestinya jam tangan dengan tali yang tahan lasak, perincian yang tidak mengelirukan dan juga pemilihan warna senada seperti biru pekat, hitam, kelabu – sesuai dengan imej lasak anda.
Kasual
Foto -Arkib Wanista
Idea Wanista ialah sesuaikan pakaian anda dengan aktiviti percutian sebagai contoh road trips, t-shirt dan sandal adalah yang terbaik. Penampilan sebegini buat anda lebih selesa juga menarik bersama aksesori kaca mata dan selendang bercorak lembut. Untuk jam tangan pula, dengan sedikit perincian untuk memberikan imej girly ke dalam fesyen anda, jam tangan anda melambangkan keperibadian anda!
Formal
Foto – Arkib Wanista
Untuk gaya ini, paduan blazer bersama seluar panjang atau pencil skirts sesuai untuk acara formal atau sekadar hangout bersama rakan-rakan, maxi dress atau split dress untuk penampilan semi formal. Jam tangan unisex menjadi pilihan hari ini, dan wanita dengan semangat cenderung untuk memilih jam tangan jenis ini. Ianya membangkitkan rasa keyakinan dan kekuatan dalam penampilan anda, bahkan anda kelihatan benar-benar sempurna dengan jam tangan ini.
Klasik Vintaj
Foto – Arkib Wanista
Pilihan Wanista ialah little black dress (LBD). Kenapa? LBD boleh dipakai baik pada siang hari atau malam hari, malah fesyen ini sering dikategorikan sebagai item fesyen yang paling klasik dan timeless. Seperti kata Karl Lagerfeld, “One is never over-dressed with a Little Black Dress.” Jika anda lebih ke arah fesyen klasik, jam tangan tradisional dikelilingi batu permata berlian ini benar-benar sesuai untuk anda. Lebih-lebih lagi jam tangan rona emas menampakkan ciri-ciri sofistikated yang diidam setiap wanita.
Dah jelas? Apapun yang penting anda kena selesa dengan setiap pilihan outfit yang dikenakan. Good Luck!
Untuk info lanjut tentang jam tangan Crocodile, sila layari laman web rasmiwww.crocodile.com.my.
Saat yang ditunggu-tunggu untuk ucapan ‘YES’ untuk baju pengantin di Malaysia kini telah dibuka! Rasminya saluran televisyen TLC memperkenalkan Jovian Mandagie dan Daphne Iking sebagai hos untuk rancangan realiti pengantin pertama di Asia iaitu Say Yes To The Dress Asia. Ia sebuah rancangan dari sudut realiti para bakal pengantin mencari busana pengantin mereka untuk majlis perkahwinan.
Menariknya, para pengantin akan dibantu oleh pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan personaliti tv Daphne Iking sebagai penasihat fesyen untuk memberi pendapat dan pemilihan gaun pengantin bersesuai dengan tema majlis dan pastinya si pengantin itu sendiri.
Jovian Mandagie dan Daphne Iking dalam Say Yes To The Dress Asia. Foto – arkib Wanista.com
Bercakap mengenai Say Yes To The Dress Asia sudah pasti pasangan hos ini berasa teruja dan tidak sabar untuk berkongsi pelbagai babak in-real action sepanjang pengambaran.
Menurut Daphne, dia kadangkala tidak dapat mengawal emosi kerana ini semua berdasarkan realiti. Tiada skrip, cuma arahan untuk kekal dalam karakter sebagai penasihat dan hos. Selain itu, Daphne juga menganggap ini suatu cabaran baru buat dia untuk lebih banyak belajar mengenai fesyen terutamanya busana pengantin.
Jovian Mandagie nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, berteraskan ilmu dan pengalaman dalam dunia perincian fesyen, dia tidak lokek untuk memberi yang terbaik untuk para pengantin. Bagi Jovian dia tidak membezakan peserta Say Yes To The Dress Asia dengan pelangganya. Dia melayan, membantu dan mencipta air tangannya sama cara dengan para pelanggan.
Say Yes to The Dress Asia. Foto – arkib Wanista.com
Say Yes To The Dress Asia bakal merakam pelbagai emosi dalam perjalanan bakal pengantin mencari busana pengantin ideal untuk mereka. Siri Say Yes To The Dress Asia bakal menemui penonton di TLC pada pertengahan 2017. Ikuti http://www.tlcasia.com/SayYesToTheDressAsia/ untuk info terkini Say Yes To The Dress Asia!
Baju raya untuk diri dah siap! Untuk pasangan pun dah siap..tapi tinggal lagi satu aksesori yang wajib dicari idea untuk sesuai dipadankan dengan rekaan pilihan baju raya anda.
Tudung sememangnya mahkota buat wanita berhijab, tidak kisah lah dari jenis selendang, bawal mahupun turban ia pasti mencuri mata yang memandang. Kini gaya lilitan, bentuk tudung tidak dapat dikira dengan jari lagi, terlalu banyak! Pelbagai cetusan idea untuk si bertudung kekal trendy walaupun bertutup.
Menariknya dari gaya lilitan tudung, anda boleh mendapatkan look samada kasual atau glamor . Jadi di Hari Raya nanti boleh lah fikir-fikir yang mana kena dengan baju raya.
Wanista kepilkan beberapa gaya tudung ikonik dari selebriti tanah air…
Tudung Bawal
#1 Dato’ Siti Nurhaliza
Foto – Instagram
#2 Zizie Izette
Foto – Instagram
#3 Fatiya Latiff
Foto – Instagram
#4 Elfira Loy
Foto – Instagram
#5 Shila Amzah
Foto – Instagram
#6 Mia Ahmad
Foto – Instagram
#7 Fazura
Foto – Instagram
Selendang/Shawls
#8 Ziana Zain
Foto – Instagram
#9 Dayah Bakar
Foto – Instagram
#10 Vivy Yusof
Foto – Instagram
#11 Wawa Zainal
Foto – Instagram
#12 Bella Dally
Foto – Instagram
#13 Neelofa
Foto – Instagram
Rambang mata kan nak ikut gaya mana? Selamat mencuba!
90-an boleh dikatakan tahun gila-gila dunia fesyen. lelaki dan wanita ada sahaja yang memainkan peranan dalam warna-warni dunia fesyen. Fesyen dalam tahun 90-an banyak dari unsur hip-hop, iaitu pakaian yang over-sized dan aksesori kemas yang berlebihan. Itu belum lagi dengan pilihan warna yang terang dan neon menjadi aspek utama dalam fabrik.
Masa sudah berlalu, jika dilihat sekarang aura 90-an masih lagi melekap dihati pencinta fesyen yang lahir dan membesar pada tahun tersebut. Jika anda dah pernah baca artikel Trend Solekan 90-an Yang Masih Jadi Ikutan Sehingga Kini, kali ini pula Wanista dedahkan gaya fesyen 90-an yang menjadi subjek dalam gaya dari model Kendall Jenner.
Kendall langsung tidak ragu-ragu untuk menampilkan aksesori dan gaya 90-an dalam almari pakaiannya. Dari rambut hingga hujung kaki. Jom kita inspirasi kan fesyen 90-an ala Kendall!
Subang Besar
Choker
Bomber Jacket
Beg Pinggang
Seluar Baldu
Jaket Denim Besar
Baju Turtleneck
Tidak keterlaluan dan gaya 90-an biasanya dipakai untuk street look! Kalau anda ada pieces yang sama macam Kendall diatas bolehlah cuba-cuba tiru.
Aktres hindustan Deepika Padukone yang juga sedang membina nama dalam industri hiburan Hollywood baru-baru ini menyertai satu penggambaran untuk kulit majalah International Men’s Magazine MAXIM selepas beliau dinobatkan sebagai ‘Hottest Women Of The Year 2017’ menerusi pusingan undian yang dilakukan di beberapa negara.
Selain Priyanka Chopra, aktres 31 tahun ini turut mengalahkan beberapa nama wanita besar Hollywood seperti Hailey Baldwin, Emma Watson, Emma Stone, Dakota Johnson serta Kendal Jenner.
Memang layak mendapat gelaran itu, beliau dilihat sangat berani dan mengancam dalam foto-foto yang dirakamkan khas untuk MAXIM keluaran Jun-Julai akan datang.
Mungkin kerana bangga dengan pencapaiannya, Deepika tampil tidak segan silu untuk turut berkongsi foto penggambaran seksinya itu bersama para pengikutnya di Instagram.
Namun ternyata, tindakannya itu malahan mendapat kecaman lebih dahsyat kerana dianggap agak keterlaluan jika hendak dibandingkan dengan personalitinya yang lebih sopan dan manis sebelum ini.
Tindakannya untuk mendedahkan sebagaian besar bahagian pinggulnya dengan memakai celana pendek ketat berpotongan hot pants itu juga dikritik kerana ada individu yang memerlinya dan menyamakan celana itu denagn lampin bayi.
Seperti yang dilalui Priyanka Chopra tempoh hari sewaktu dirinya berjumpa dengan Perdana Menteri India, dress pendek yang digayakannya juga mendapat kritikan hebat daripada rakyat tempatan di India.
Dek kerana tidak puas hati dengan kecaman dan perlian yang diterima, Deepika sekali lagi memuat naik foto seksinya berpakian sama namun kali ini dari arah posisi lain.
Deepika tidak meletakkan apa-apa kapsyen langsung pada foto yang ini tetapi ramai boleh agak yang dia sengaja berbuat begitu untuk mencabar para pengikut yang mengecamnya.
Musim ini, PUMA x Careaux kembali dengan persembahan rekaan kasut yang lebih segar untuk menghiasi koleksi musim Bunga/Panas 2017.
Foto -Arkib Wanista
Diinspirasi dari pengebaraan ke seluruh pelusuk Asia, Careaux atau nama sebenarnya Caroll Lynn, merupakan seorang kaki seni yang bijak mengolah idea dalam bentuk lakaran unik menarik ini menggantikan penggunaan rona merah jambu untuk rekaan kolaborasinya bersama PUMA dengan warna biru langit disertai lakaran motif awan Jepun.
Selain seleksi kasut rekaan jenis PUMA Basket, Basket Graphic dan Basket Strap and B.O.G yang dihiasi ilustrasi berasaskan palet alam biru dan perang pasir pantai, koleksi olah Careaux untuk PUMA musim ini turut disertai topi baseball, jaket bomber, baju-T singkat (cropped tees), seluar pendek dan helaian dress. Aksesori juga tidak ketinggalan sebagai elemen yang digunakan untuk menyempurnakan gaya.
Foto -Arkib WanistaFoto -Arkib Wanista
Koleksi PUMA x Careaux untuk musim Bunga/Panas 2017 kini boleh didapati di butik PUMA cawangan KLCC, Pavilion dan Sunway Pyramid bermula pada harga RM150 hinggaRM670.
Wanista pasti setiap daripada kita mempunyai helaian fesyen yang kerap kali dipakai kerana merasakan ianya istimewa, mungkin jaket denim, floral dress, skinny jeans ataupun sneakers, yang boleh dipasangkan dengan pelbagai gaya dan stail.
Dan Wanista yakin para pencinta sneakers akan menggemari malah ‘obses’ dengan koleksi baharu hasil kerjasama Vans bersama pereka fesyen Marc Jacob ini.
Lari daripada fesyen tradisional, koleksi Vans x Marc Jacob ini memberi sentuhan avant-garde penuh warna-warni dengan cetakan garang malah perincian yang cukup menakjubkan, sesuai untuk individu yang sukakan kelainan.
Koleksi edisi terhad Vans x Marc Jacob akan berada di semua butikMarc Jacobspada Jumaat 16 Jun 2017 ini.
Jenama beg tangan asal Itali O Bag kini tiba di Malaysia dengan menjanjikan pelbagai aksesori menarik untuk peminat beg tangan mereka sendiri beg tangan mengikut mood dan cara unik tersendiri!
Dari beg tangan, jam tangan dan cermina mata, semuanya anda boleh mencipta kreativiti sambil menyerlahkan gaya identiti anda. Bayangkan, anda boleh bertukar gaya dengan menambah atau menukar aksesori untuk disesuaikan bersama stail kasual, harian atau glamor.
Koleksi O Chive. Foto – arkib Wanista.comBackpack O 50. Foto – arkib Wanista.comBeg tangan O City. Foto – arkib Wanista.com
Antara aksesori fesyen yang disediakan O Bag Malaysia ialah O bag, O clock, O sun dan O bracalet. Jenama ini juga mempunyai barisan aksesori untuk lelaki, O folder dan O hug men. Setiap item fesyen dari O bag pelanggan boleh memilih dari pelbagai variasi saiz, warna, rekaan untuk mix and match menghasilkan kombinasi unik.
Koleksi beg tangan The O Classic. Foto – arkib Wanista.com
Produk O bag diperbuat dari jenama getah vinyl acetate (EVA) dicipta Full Spot iaitu sebuah syarikat Itali di Padua. Terdapat 160 butik O bag di seluruh dunia dan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur, Malaysia.
Butik O bag di One Utama. Foto – arkib Wanista.comFoto – arkib Wanista.com
Kunjungi butik O bag Malaysia di G130A, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre (Old Wing).
ECCO, kasut yang mendominasikan keselesaan dan stail dengan bangga memperkenalkan dua koleksi terbaharu dari mereka; ECCO INTRINSIC TR dan ECCO KINHIN di Malaysia. Jenama ECCO antara syarikat kasut yang mencipta rekaan inovatif dan kasut selesa. Dengan memperkenalkan dua koleksi terbaharu ini mereka mahu pastikan ECCO terus kukuh di Malaysia.
ECCO INTRINSIC TR keselesaan terjamin
Diinpirasikan dari balapan larian dan trend pakaian atlet, ECCO INTRINSIC TR kasut khas untuk street-style selesa untuk bergerak. Ia juga diperbuat daripada TPU/PU yang fleksibel dan lembut untuk kesan cengkaman kuat. Rekaan ECCO INTRINSIC TR khas untuk lelaki dan wanita dengan gaya hidup aktif sambil mencari kasut khas kelihatan bergaya dan pada masa yang sama selesa.
INTRINSIC Ladies Black RM799. Foto – arkib Wanista.comINTRINSIC Ladies White RM799. Foto – arkib Wanista.comINTRINSIC Men’s Black RM689. Foto – arkib Wanista.comINTRINSIC Men’s Black RM799. Foto – arkib Wanista.comINTRINSIC Men’s White RM689. Foto – arkib Wanista.com
ECCO KINHIN teknologi x semulajadi
Dianggap sebagai salah satu meditasi untuk kaki, ECCO KINHIN direka dengan kualiti kulit dan garisan unik gabus yang memberikan mengunci kelembapan untuk memastikan kasut sentiasa di zon iklim. ECCO KINHIN kasut yang ringan dan fleksible.
KINHIN Ladies’ Beige RM739 .Foto – arkib Wanista.comKINHIN Ladies’ High Beige RM799. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Ladies’ High White RM799. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Ladies’ White RM739. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Ladies’ White RM739. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Men’s High White RM799. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Men’s RM739. Foto – arkib Wanista.comKINHIN Men’s White, RM739. Foto – arkib Wanista.com
Kedua-dua koleksi ini boleh didapati di semua butik ECCO seluruh Malaysia pada harga RM689 hingga RM799.