Ketika menghadirkan diri ke Anugerah Grammy pada awal tahun ini, Priyanka Chopra teruk dikritik kerana pemilihan gaun yang menj olok mata dan langsung tidak menunjukkan imej tradisional India.
Tapi semua peminatnya tahu Priyanka Chopra adalah style icon dan punya signature tersendiri dalam berfesyen. Isteri kepada Nick Jonas ini sukakan corak, cetakan, warna-warni gemerlapan yang langsung tidak membosankan outfit harian.
Sama ada dia berada di luar bandar dengan Nick atau membuat penampilan karpet merah, Priyanka tahu mengenakan outfit yang betul sesuai dengan stailnya.
Dari gaun glamor Roberto Cavalli hingga sepasang seluar jeans dan tee off-duty yang cantik, setiap pilihan dari almari pakaiannya bikin setiap wanita cemburu. Bila digodek Priyanka banyak mengenakan gaya jalanan yang fun dan feminin. Wanita ini cukup suka bermain dengan warna, sesuai sangat dengan tradisi orang India yang colourful.
Jom kita selongkar diari stail bekas Ratu Cantik Dunia Priyanka Chopra.
#1 Kombo polkadot

#2 Printed suit

#3 Serba ungu

#4 Merah menyerlah

#5 Manis sekali summer dress Priyanka

#6 Priyanka pilih kot labuh paling bold

#7 One-shoulder dress

#8 Mini dress yang berbunga

#9 Silhuet biru laut

#10 Sukanya warna gincu Priyanka

#11 Gaun tampalan yang menyerlahkan gaya Priyanka

Tak cukup rasanya kita nak compile ke semua stail Priyanka kerana semuanya cantik-cantik belaka. Fesyen Priyanka sangat daring dan sentiasa segar, tiada satu pun yang kelam di mata.
Nota kaki – Kesemua fotografi di atas merupakan fesyen jalanan Priyanka yang ditangkap oleh paparazzi.
The post Fesyen Priyanka Chopra Tak Pernah Bosan, Lihat 11 Gaya Yang Colourful! appeared first on Wanista.com.