Ellie Goldstein, seorang gadis yang mempunyai Down Syndrome berasal daripada Ilford, Essex di England. Gadis berumur 18 tahun ini telah menempa nama di dalam bidang pengiklanan setelah kejayaannya sebagai seorang model.

Menandatangani kontrak bersama Zebedee Management sejak tiga tahun yang lalu, iaitu sebuah agensi yang hanya mewakili orang kurang upaya telah menjadikan nama Ellie, rebutan antara syarikat-syarikat ternama.
Perwatakan Ellie yang mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan telah mendorong Gucci untuk mengambil Ellie sebagai model bagi memperagakan produknya. Hasil posting gambar Ellie memperagakan Mascara L’Obscur di Instagram telah disukai ramai melebihi 800,00 likes.
Ellie berkata, “Saya amat meminati bidang permodelan dan saya suka memakai gaun Gucci. Saya sangat bangga ketika sesi penggambaran dan ingin menjadi terkenal”. Beliau juga berharap untuk menceburi bidang permodelan bersama jenama-jenama besar yang lain.

Disamping menceburi bidang ini, Ellie melanjutkan pengajiannya di Redbridge, Essex dalam kursus seni persembahan. Ellie turut bekerja di syarikat Superdrug iaitu sebuah syarikat peruncitan yang menjual barangan kesihatan dan kecantikan di United Kingdom serta London Film Festival.

Ibu kepada Ellie, Yvonne berkata, “Ellie sangat meminati persembahan dan mula menghadiri kelas drama dan menari sejak berumur 5 tahun. Kami sangat berbangga akan kejayaan Ellie setelah melihat pelbagai komen di Instagram Gucci”.

Sebelum mengadakan kempen bersama dengan Gucci, Ellie telah muncul dalam beberapa kempen seperti iklan Superdrug’s 2018 Christmas, Nike dan Vodafone.
Laura Johnson daripada Zebedee Management berkata, “Ellie merupakan seorang gadis yang luar biasa. Beliau mampu membangkitkan suasana di set dan sangat professional. Kami berharap jenama-jenama besar dapat melihat bakat mereka tanpa meletakkan apa-apa jurang”.

Perwatakan Ellie yang ceria, fasih dalam berbahasa Inggeris dan mempunyai memori yang kuat dalam mengingati skrip telah mendorong dirinya sehingga hari ini.
Good for you, Ellie. Semoga kisah Ellie memberi inspirasi kepada kita semua.
The post Hebat Gadis Sindrom Down Model Untuk Jenama Gucci appeared first on Wanista.com.