Untungnya wanita pelbagai stail rambut boleh dicuba – yang volume bagaikan Farrah Fawcett, bangs Jane Birkin, potongan layered ala Rachel Green serta bermacam lagi. Bukan itu sahaja, stail rambut juga boleh membuatkan penampilan lebih segar apatah lagi muda.
Bagi lelaki, rambut adalah aset yang paling utama dititiberatkan! Cumanya pilihan stail rambut mereka lebih terhad berbanding wanita. Dan jika tidak kena dengan gaya, memang haru penampilan.
Jadi, bila nak tukar gaya tolong jangan ubah kepada beberapa stail di bawah. Ia merupakan STAIL RAMBUT PALING BURUK menurut para wanita.
Mullet
Ya, potongan pendek di depan dan panjang di belakang. Serius stail yang popular sekitar 70-an ini sangat buruk walaupun yang menggayakan seorang selebriti. Satu lagi nampak kekampungan sangat dengan stail ini, bayangkan ke pejabat – confirm banyak mata yang memerhati. So, tak payah berangan nak bergaya macam BTS V, G-Dragon dengan stail mullet sebab memang tak sesuai dengan anda!

Bowl Cut
Atau dalam bahasa kita disebut potongan rambut berbentuk ‘mangkuk’. Kebelakangan ini sahaja mendapat perhatian barat walhal rata-rata lelaki Korea sudah lama menggayakan stail rambut ini. Ada yang nampak elok dan ada juga yang hodoh kerana tidak sesuai dengan bentuk muka. Tapi yang jelas, stail ini nampak ‘adik-adik’, dan tidak kelihatan macho. Anda nilai sendiri, sesuai ke stail ini dibawa ke pejabat?

Mohawk
Mohawk adalah sejenis gaya rambut yang memotong sebelah kiri dan kanan meninggalkan bahagian tengah dari depan ke belakang, rupanya tak ubah seperti bentuk rambut kuda. Stail rambut ini dikatakan melanggar garis panduan ‘rambut tidak beretika’ malah tidak menampakkan imej profesional, melainkan anda seorang model.

Terlalu Banyak Letak Gel
Ini bukanlah stail rambut tapi kalau lelaki dilihat meletakkan terlalu banyak gel sehingga membuatkan rambut berminyak, bersinar, berkilat, ‘keras kejung’, memang nampak hodoh yang amat. Punyalah nak nampak rapi sampaikan tebal diletak gel. Eiuewww memang menggelikan!

Rambut Belah Tengah
Stail sebegini mungkin nampak elok pada individu yang mempunyai bentuk muka sharp dengan rahang yang tajam meruncing, berpetak, ala-ala model. Tapi kalau anda yang sedang-sedang sahaja dengan bentuk muka bulat tembam, lupakan sahaja.

Rambut Berwarna
Lebih-lebih lagi warna blonde, pastel seperti biru, rose gold, merah, kelabu… memang pelik betul. Melainkan anda adalah selebriti jadi tidak hairan rambut anda selalu bertukar stail. Kita sedia maklum, rambut berwarna memerlukan penjagaan yang rapi – anda kena tahu syampu, perapi, serum, dan juga minyak, agar rambut tidak kelihatan kering dan rosak. Lagi pula kalau rambut anda di-bleach memang perlu dijaga dengan baik.

Lagi stail mana yang korang kaum wanita tak suka pada lelaki? Cuba komen di bawah…
The post 6 Stail Rambut Lelaki Paling Buruk, Please Jangan Buat! appeared first on Wanista.com.