Pelakon dan model Jepun, Kiko Mizuhara mengundang kontroversi hangat di kalangan pengguna media sosial.
Kali ini, Kiko atau nama sebenarnya Audrie Kiko Daniel, 28, dikritik hebat kerana gambar editorial untuk majalah German, di mana Kiko dilihat duduk di atas meja dengan hanya berseluar dalam dan jaket sambil kakinya terkangkang. Lagi pula Kiko berada dalam sebuah bilik tradisional Jepun.
Bukan sahaja netizen Jepun malah kesemua follower percaya cara Kiko bergambar sangat memalukan malah agak tidak beretika. Kiko juga dikritik kerana tidak menghormati budaya Jepun.
Sesetengah pengguna juga menyalahkan jurugambar kerana tidak menyedari tindak tanduk akibat bergambar sedemikian. Sehingga sekarang majalah keluaran Jerman dan Kiko langsung tidak mengeluarkan sebarang komen umum mengenai kontroversi.



Ini bukanlah kali pertama Kiko mencetuskan kontroversi. Terdahulu Kiko tanpa segan silu ‘menayang’ punggung di laman sosial pedibadinya.
Baca : Kiko Mizuhara Cetus Kontroversi ‘Tayang Punggung’ Di Instagram!
Why Kiko? Kenapa sampai macam tu sekali, nampak murah sangat…
The post Model Kiko Mizuhara Cetus Kontroversi Dengan Pose Terkangkang appeared first on Wanista.com.