Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2280

Alasan Kenapa Chanel Sayang Sangat Dan Pilih Blackpink Jennie Jadi Duta

$
0
0

Sekarang ini siapa sahaja yang tidak mengenali BlackPink. Dekat corong radio, televisyen, laman media sosial terlalu banyak lagu dan video mereka dimainkan. Sehingga kanak-kanak yang baru 4 tahun mengetahui lagu dan gerak tari “Ddu-Du Ddu-Du”, hebat bukan pengaruh empat gadis muda ini.

Foto – Hypebae

Selain berbekalkan muzik yang sedap didengar, choreography mantap, rupa paras comel dan cantik belaka, ahli terdiri daripada Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo juga tidak kurang hebatnya dalam berfesyen. Bahkan fesyen mereka sentiasa dilihat on-point sesuai dengan gaya anak muda masa kini. Antara mereka berempat, Jennie dilihat ahli paling stailista dan fashion-forward dan layak digelar ikon fesyen untuk generasi muda masa kini. Mungkin itulah sebabnya dia disunting jenama ikonik Chanel sebagai wajah baru seiring Kristen Stewart, Pharrell Williams, Keira Knightley, Lily-Rose Depp dan beberapa nama besar lain.

Foto – Pinterest

Pada usia hanya 23 tahun, Jennie yang merupakan duta Chanel Korea bukan sahaja menempah muka di tempat duduk depan setiap pertunjukan fesyen Chanel, malah membintangi beberapa komersial seperti kosmetik, haruman dan penjagaan wajah, Bahkan baru-baru ini, membuat persembahan after-party bersama Pharrell Williams, upacara yang hanya dihadiri dengan jemputan ekskusif sahaja.

Foto – Instagram

“Chanel fokus kepada kemodenan. Generasi millennial dan bergaya adalah pelanggan sasaran kami, sebagai tambahan kepada pengguna sedia ada. Oleh itu kami sangat berminat dengan bintang K-Pop yang bergaya malah mencipta gaya tersendiri. Kesetiaan Jennie serta gayanya sangat sesuai dengan imej Chanel,” jelas jurucakap Chanel Korea.

Agaknya kenapa Chanel ‘berkenan’ sangat dengan Jennie?

Tahukah, Chanel Korea berkata pakaian yang dipakai Jennie ketika acara fesyen adalah tajaan, sementara kebanyakan penampilan hariannya adalah dari koleksinya sendiri.

Bila klasik dijadikan trendy

Chanel terkenal dengan jaket tweed. Bila Jennie mengubah jaket panjang putih Chanel menjadi gaun pendek dan dipadankan dengan tali pinggang, para pengkritik dan penggemar fesyen memuji gayanya yang disifatkan bijak dan sempurna, sekaligus membuka mata ramai bagaimana item klasik boleh menjadi trend.

Foto – Teen Vogue

Suai padan

Jennie tidak gusar untuk menyuai padan setiap item Chanel dalam fesyen hariannya. Contoh paling cantik, di mana Jennie memakai blaus putih dari Chanel dengan skinny jeans, memadankan dengan tas tangan Chanel Gabrielle Bucket ketika di lapangan terbang, membuatkan penampilannya paling menonjol.

Foto – Pinterest

Di masa yang lain, Jennie memadankan tweed top bersama high-waisted pants yang berpotongan longgar dan besar.

Foto – Twitter

Cinta pada Chanel penuhi ruang Instagram

Jennie tidak malu untuk menyatakan cintanya pada Chanel di Instagram. Setiap kali memuat naik gambar, pasti ada salah satu item dari Chanel – dompet, tas tangan, minyak wangi, kosmetik, Jennie tanpa segan silu menunjukkan minatnya pada rumah fesyen kelahiran Perancis kepada pengikut.

Foto – Instagram

Dengan lebih 14.6 juta pengikut, Jennie memberi impak yang besar pada demografi muda yang Chanel ingin capai, sekaligus meningkatkan kesedaran jenama dan mendorong jualan.

Foto – Instagram

Mungkinkah kerana G-Dragon ‘hilang’ dari radar

Itu sebenarnya antara faktor utama Chanel Korea memancing Jennie. Dalam satu temu bual, ada segelintir netizen menggelarkan Jennie sebagai G-Dragon versi perempuan kerana fesyennya yang sentiasa on-trend. Tapi yang pasti, sebelum Jennie, ada Kwon Ji-yong, atau G-Dragon yang duta besar jenama Chanel dan dikenali sebagai kegemaran Karl Lagerfeld. Individu seperti kanvas putih yang boleh menggayakan jaket tweed wanita, kalung logo Chanel, muka G-Dragon sentiasa memenuhi barisan depan jenama itu, sehinggalah dia memasuki latihan khidmat ketenteraan bulan Februari tahun lepas.

Foto – Korea Bizwire

Pada penulis Jennie mungkin ikon fesyen untuk generasi masa kini tapi G-Dragon forever ikon fesyen disegani.

Buktinya : Sentiasa ‘Fotogenik’ Dalam Fesyen Pelik, G-Dragon Jejaka Paling Sempurna Abad Ini

RUJUKAN

The post Alasan Kenapa Chanel Sayang Sangat Dan Pilih Blackpink Jennie Jadi Duta appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2280