Hakikatnya, umur semakin meningkat sekaligus merubah menampilan kita secara halus tanpa disedari. Sampai suatu masa, kita juga tidak lagi berminat untuk mencuba gaya fesyen baharu kerana takut dilabel ‘buang tabiat’. Namun begitu, apakah kita akan membiarkan sahaja umur mengatasi keseronokan hidup?
Kalau kamu peminat fesyen tegar, ikut tips ringkas ni bagaimana nak mengimbau kembali zaman kegemilangan waktu remaja dengan hanya menggunakan helaian fesyen dan aksesori dari Vans!
#1 Cipta Trend Sendiri
Tak perlu malu dengan umur. Biar fizikal nampak berusia asalkan jiwa sentiasa rasa muda. Kalau tak mampu nak ikut trend terkini, boleh je cipta trend sendiri asalkan kamu yang memakainya rasa selesa.

#2 Teknik Mix & Match
Menyuai padan pakaian tidaklah sesukar yang disangka ramai orang. Jika kamu mengenali susuk tubuh dan bahagian badan kamu secara terperinci, kamu pasti boleh kelihatan gah dengan teknik suai padan.

Dalam masa yang sama, kamu perlu bijak mengimbangkan penggunaan corak. Kalau baju sudah terlalu sarat dengan corak, tak perlu lagi pakai aksesori sarat mahupun seluar atau skirt yang memiliki corak melampau.
Cukup sekadar menggayakan baju T dengan seluar jeans polos.
#3 Manfaatkan Warna Terang!
Jangan takut untuk mengenakan rona-rona menonjol kerana warna-warna terang sejujurnya mampu buat penampilan nampak youthful! Berhenti pakai satu warna sahaja okay? Tetapi ada syaratnya jika hendak memakai banyak warna iaitu, hadkan 3 hingga 4 warna sahaja setiap kali mencampur adukan pemakain berwarna. Barulah harmoni… Macam koleksi terkini Vault by Vans bersama Disney ni!

#4 Labur Duit Untuk Kasut “Statement”
Baik lelaki atau wanita, kasut adalah item fesyen statement paling universal selain beg. Ia mampu mengubah gaya bosan seraya menjadi gah. Untuk itu, apa salahnya labur sedikit wang untuk membeli kasut-kasut yang unik, seperti sneakers vans yang perincian bercetak motif Mickey Mouse ini. Pasti namoak cantik digayakan secara kasual dengan baju-T senada.

Untuk pengetahuan, kesemua koleksi kolaborasi Vault by Vans bersama Disney ini adalah untuk meraikan ulang tahun Mickey Mouse yang ke -90. Menggabungkan kehalusan karyay seni ilham empat artis berbakat termasuklah John Van Hamersveld, Mister Cartoon, Geoff McFetridge and Taka Hayashi, simbol ikonik Disney, Mickey Mouse dapat dizahirkan menjadi trend fesyen jalanan semasa yang tak lapuk dek zaman.
Sangat minimalis namun masih bersifat eksentrik menerusi permainan visual dan warna yang diketengahkan untuk koleksi Vault by Vans ini, koleksi The Disney x Vans boleh didapatkan dalam masa terdekat pada harga mampu milik. [www.vans.com.my]
The post Rindu Zaman Remaja? Vans Ada Tips Fesyen Untuk Korang Cuba Hujung Minggu Ni appeared first on Wanista.com.