Istimwa untuk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2018., Atelier Swarovski tampil mengumumkan beberapa koleksi eksklusif mereka yang ditemani perincian serta rekaan eksentrik -mampu menarik perhatian wanita yang gilakan aksesori feminin!

Revolusi baharu ini digabungkan dengan ilham pereka serta tokoh fesyen terkemuka, Peter Pilotto dan Mary Katrantzou untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2018 terdahulu bersama dua lagi pereka fesyen termasuklah Anna Dello Russo dan Tabitha Simmons untuk hasilkan aksesori mewah terbaik untuk Atelier Swarovski.

Memanfaatkan pelbagai rona kristal seperti merah jambu, biru, kuning, kelabu dan banyak lagi, setiap satu rekaan dibagunkan mengikut cita rasa si pereka yang unik dan bersifat peribadi.

Setiap satunya terdiri dari anting-anting, kalung, gelang, dan clutch. Selain itu, ada juga koleksi diberi nama “Graceful Bloom” yang dirancang khusus untuk pasaran dan edaran di sekitar Asia Pasifik.

Menurut Pengarah Kreatif Swarovski, kesemua idea untuk merealisasikan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2018 yang berwarna-warni ini adalah terinspirasi dari dunia fairytale dan berbagai macam cerita fantastisnya.
Warna yang dipilih untuk koleksi ini adalah jewel tones seperti safir, merah hati, hijau emerald dan juga emas.

Tumpukan kalung panjang berhias bandul, anting-anting asimetris, dan cincin cocktail berukuran besar dengan desain playful dan detailed merupakan produk andalan tahun ini.
Peminat atau pengumpul aksesori Swarovski boleh mula dapatkan kesemua koleksi Atelier Swarovksi ini di butik Swarovski cawangan Pavilion Kuala Lumpur mulai September 2018.
The post Hebatnya Koleksi Atelier Swarovski, Tiara Bertatah Kristal Pun Ada Juga! appeared first on Wanista.com.