Masih lagi demam filem “Crazy Rich Asians”, masih lagi fesyen karpet merah heboh diperkatakan sana-sini. Tapi tahukah penampilan aktor kacak Steven Yeun mencuri tumpuan netizen di media sosial. Rata-rata mereka cair dengan penampilan aktor yang bersahaja itu.
Bintang “The Walking Dead” itu hanya tampil dengan seluar slack bersama t-shirt putih polos sahaja ketika sesi tayangan perdana Crazy Rich Asians minggu lalu. Langsung tidak dibidas, ternyata netizen kagum dengan sikap selamba aktor Korea-Amerika itu.

Tayangan perdana filem Crazy Rich Asians mendapat liputan berita dari media utama dan para pelakon tidak ketinggalan tampil dalam ensemble paling glamor mereka.
Lihat di sini – Kalah Artis Hollywood, Fesyen Karpet Merah Pelakon Filem “Crazy Rich Asians” Paling Ekstra
Oleh itu, apabila Steven memutuskan untuk bergaya santai dan fun, semua orang mengagumi aktor ini.
Lihat sahaja komen di media sosial.



Cuba sesekali Neelofa tampil simple, bukan ke nampak lebih manis dan ayu berbanding dengan fesyen sekarang ini.
The post Hanya Pakai T-Shirt Ke Karpet Merah, Aktor Kacak Steven Yeun Bikin Netizen Cair appeared first on Wanista.com.