Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Luxottica Sedia Pelbagai Jenama Bingkai Kaca Mata Paling Bergaya!

$
0
0

Bingkai kaca mata sememangnya sudah menjadi aksesori wajib kini tak kira siapa. Ada yang sanggup bertukar gaya bingkai umpama menukar baju setiap hari! Luxottica pengeluar dan pembekal bingkai kaca mata terbesar didunia. Antara jenama kaca mata yang dibawa keluar oleh Luxottica ialah Burberry, Coach, Dolce&Gabbana, Prada, Giorgio Armani, Oakley dan banyak lagi. 

Luxottica mendedahkan fesyen kaca mata yang mesti ada pada 2017 dengan pelbagai pilihan. 

1. Bingkai Warna-Warna Segar

Pada anda yang sukakan warna-warni segar sesuai dengan karakter dan personaliti anda yang fun, nah bingkai-bingkai warna seperti ini paling terbaik untuk 2017. 

Dolce&Gabbana. Foto – Wanista.com
Prada. Foto – Wanista.com
2. Bingkai Tortoise Shell

Mahu mengikuti trend terkini? Bingkai bercorak tortoise shell telah menjadi pilihan semasa 2017. Pelbagai warna dan tonasi corak terdapat dalam musim ini. Pastikan ia sesuai dengan warna rambut dan kulit anda. 

Burberry. Foto – arkib Wanista.com
Coach. Foto – arkib Wanista.com
3. Bingkai Gaya Profesional 

Nipis dan elegan sesuai untuk anda yang menginginkan gaya profesional sesuai dengan anda yang bekerjaya. Bingkai separuh ini sangat bergaya dan praktikal, boleh didapati untuk lelaki dan wanita. 

Emporio Armani. Foto – arkib Wanista.com

 

 

Prada Linea Rossa. Foto – arkib Wanista.com
4. Bingkai Klasik 

Pada anda yang ingin tampil kelainan mengikut dimensi masa yang lain. Bingkai kaca mata besi nipis warna emas dan perak sememangnya beri gaya klasik minimal. 

Prada Journal. Foto – arkib Wanista.com
Burberry. Foto – arkib Wanista.com

The post Luxottica Sedia Pelbagai Jenama Bingkai Kaca Mata Paling Bergaya! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271