Bertukar musim pasti bertukar gaya, tidak kira samada dari helaian pakaian sehinggalah aksesori untuk pelengkap gaya. Sempena Musim Luruh yang bakal tiba, jenama beg tangan Coach menyediakan koleksi the Bandit iaitu sebuah tangan yang lembut dan gaya bebas hobo. Hobo? Jika sebut sahaja gaya hobo pasti terbayang beg kulit dan rambu-rambu tapi the Bandit dari Coach satu beg dalam dua rekaan. Boleh digayakan dibahu atau gaya kepit (clutch).





Rekaan Bandit yang tidak keterlaluan dengan motif floral, sesuai untuk dibawa setiap hari. Dihasilkan dari fabrik kulit lembut dan menariknya lagi ia tidak mempunyai perincian terlalu berat.







Koleksi Musim Luruh Coach Bandit mempunyai enam pilihan warna. Dapatkannya di butik Coach seluruh negara.
The post Beg Tangan Gaya ‘Hobo’ Lebih Chic Dari Coach Musim Luruh 2017 appeared first on Wanista.com.