Jarang sekali kita mendengar jenama tempatan yang baru menapak dalam dunia fesyen mencipta rekaan yang berani. Baru-baru ini di Slate @ The Row, Kuala Lumpur berlangsungnya pertunjukan fesyen untuk koleksi hari raya ‘Eid Modest Collection 2017’ yang dianjurkan oleh Moslema In Style. Penulis sempat melihat pertunjukan fesyen dari jenama Watie’s Collection yang menampilkan 8 koleksi rekaan baju hari raya eksklusif dengan pelbagai corak dan warna pilihan.

Menggunakan fabrik satin, bercorak floral dan sifon lisu, pereka dari Watie’s Collection bijak bermain fabrik dan membiarkan ia tidak kelihatan keterlaluan. Warna trend pastel iaitu hijau, merah jambu, ungu dan biru tidak ketinggalan dalam setiap helaian. Menariknya walaupun tidak meletakkan sebarang perincian kilatan, fabrik satin itu sendiri yang memberi eleman bling-bling.



Bagi anda yang ingin mendapatkan rekaan moden selain dari baju kurung, kebaya atau jubah, Watie’s Collection sedia cetusan idea yang terbaharu. Gabungan moden dan tradisional dalam setiap helaian tidak menjejaskan dua elemen tersebut malah memberi nafas baru untuk anda tampil berbeza di hari lebaran.



Ikuti Watie’s Collection di laman rasmi Instagram @watieofficial.
The post Watie’s Collection : Cipta Baju Raya Modest Tapi Eksklusif Dan Mewah appeared first on Wanista.com.