Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Rai Ulang Tahun Ke-18, Puteri Isabella Dari Denmark Anggun Dengan Perhiasan Tiara

$
0
0

Puteri Isabella dari Denmark menyambut hari lahirnya yang ke-18 dengan potret gala rasmi pertamanya, lengkap dengan tiara Order of the Elephant.

Istana Diraja Denmark baru sahaja mengeluarkan potret Puteri Isabella sempena ulang tahunnya itu. Puteri sulung Ratu Mary dan Raja Frederik X kelihatan anggun dalam sesi bergambar yang diadakan di Knight Hall, Istana Frederick VIII, Amalienborg, Copenhagen.

Foto – STEEN EVALD, KONGEHUSET

Meraikan detik bersejarah itu, Puteri Isabella memakai gaun jingga terang, lengkap dengan tiara pertamanya untuk menandakan usia yang sudah dewasa. Istimewanya mahkota berwarna turquoise merupakan pemberian nenek moyang Isabella, Ratu Margrethe dari Sweden sempena ulang tahun ke-18.

Perhiasan kepala dengan rekaan yang cukup halus itu menghubungkan Puteri Isabella dan neneknya dengan cara yang manis, kerana nama panggilan keluarga Ratu Margrethe ialah Daisy.

Foto – STEEN EVALD, KONGEHUSET

Dilaporkan People, tiara bunga itu diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan 11 bunga daisy dalam saiz yang kecil.

Tiara itu dibuat pada akhir abad ke-19 dan kepunyaan Puteri Mahkota Margareta dari Sweden. Selepas kematiannya pada tahun 1920, anak perempuannya, Puteri Ingrid, menerima tiara itu sebagai hadiah pengesahan dan membawanya ke Denmark selepas perkahwinannya dengan Frederik IX.

Foto – STEEN EVALD, KONGEHUSET

Hari lahir Puteri Isabella yang ke-18 disambut dengan dua set perayaan di bandar Aarhus dan Copenhagen awal bulan ini. Dia mengenakan sepasang anting-anting berkilauan daripada koleksi ibunya untuk malam glam di Teater Diraja Denmark di Copenhagen pada 15 April.

The post Rai Ulang Tahun Ke-18, Puteri Isabella Dari Denmark Anggun Dengan Perhiasan Tiara appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271