
Terkenal sebagai peneraju utama dalam pakaian aktif dan peralatan gim, jenama Kanada, lululemon baru-baru ini melancarkan koleksi terbarunya iaitu koleksi Glow Up™. Apa yang Miss Murai katakan, koleksi Glow Up™ ini direka bertujuan untuk mentakrifkan semula prestasi gear, terutamanya untuk latihan kekuatan.
Cuba kamu bayangkan, fabrik koleksi Glow Up™ ini adalah body-hugging yang sangat licin, memberi sokongan yang terbaik dan tidak mengehadkan pergerakan.
Bila dibandingkan dengan beberapa jenama lain, secara peribadinya Miss Murai rasakan koleksi Glow Up™ ini lebih tebal dan menawarkan banyak sokongan kepada si pemakai.

Bercakap soal fabrik, koleksi ini menggunakan fabrik Ultralu™. Kalau kamu nak tahu, fabrik ini pada asalnya hanya digunakan eksklusif untuk coli, tetapi kini ia telah direka bentuk semula dan disesuaikan untuk bahagian atasan dan bawahan. Yang lebih best tentang fabrik ini, ianya menyedut peluh dan cepat kering!
Teknologi fabrik yang sangat canggih ini menawarkan sokongan yang paling terbaik, membolehkan gear membentuk badan dan memberi regangan yang luar biasa tanpa batasan pergerakan.
- Foto – lululemon
Koleksi ini juga mendapat perhatian ramai apabila lululemon memperkenalkan reka bentuk tali pinggang baharu. Rekaan ini menampilkan binaan terikat, jahitan minimum dan lapisan jaringan dalaman untuk rasa lebih selesa, memeluk pinggang dan rasa lebih ‘dipegang’.
- Foto – lululemon
Koleksi Glow Up™ lululemon ini menampilkan tank top [RM358] dan HR Tight [RM 548-598] dalam lima rona iaitu Dessert Red, Passionate Pink, Black, Lavender Lux dan Espresso.
Layari laman web lululemon untuk melihat keseluruhan koleksi Glow Up™.
The post Lebih Selesa & Memeluk Badan, Koleksi Glow Up™ lululemon Akhirnya Mendarat Di Malaysia! appeared first on Miss Murai.