
KACA-KACA EYEWEAR adalah nama yang tidak asing lagi dalam dalam arena fesyen di Malaysia. Rangkaian aksesori kaca mata yang dihasilkan cukup mempersona dan mode, bahkan sangat bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari kini.



Melihatkan cuaca di Malaysia yang diterangi terik mentari saban hari, adalah wajar untuk seseorang menjadikan kaca mata hitam sebagai peneman gaya. Tidak kiralah bagi yang rabun atau pun tidak, kaca mata kini boleh dikira sebagai aksesori yang mampu menyerlahkan personaliti individu agar tampak lebih eksklusif dan unik.
Justeru, KACA-KACA EYEWEAR tampil memenuhi permintaan semua dengan memperkenalkan beberapa siri koleksi rekaan kaca mata terkini khas untuk semua peringkat umur termasuklah untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Menawarkan harga mampu milik dari RM49 hingga RM138 untuk yang biasa serta RM60 hingga RM290 untuk kaca mata yang disertai kuasa buat si pemakai yang rabun, semua orang kini bisa bergaya sakan dengan memiliki sepasang kaca mata istimewa yang dipilih mengikut cita rasa tersendiri.
Selain variasi pilihan bingkai pelbagai gaya yang boleh dipadankan dengan aktiviti harian serta majlis yang dihadiri, pengguna juga berpeluang memilih lensa mengikut kehendak -ditawarkan dalam bermacam rona serta fungsi termasuklah lensa anti-biasan, lensa jenis Blue Coat yang turut ditawarkan dalam potongan nipis dan tebal.
Pengguna tidak perlu gusar kerana setiap satu kaca mata yang dihasilkan telah mendapat nasihat daripada pakar mata profesional demi memberi impak kepuasan yang nyata buat semua.
Manakala bingkai kaca mata pula adalah diperbuat dari material plastik dan logam yang selamat serta tahan lasak.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.kaca-kaca.com
The post Kaca-Kaca Eyewear Serlahkan Gayamu Dengan Seleksi Rekaan Kaca Mata Ranggi appeared first on Wanista.com.