Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Bag Charm Miu Miu Harga Cecah RM7000, Berbaloi Atau Sekadar “Cekik Darah”?

$
0
0

Masih ingat pada tulisan penulis tentang bag charm yang ditunggang oleh jenama fesyen mewah? Nampaknya kali ini bag charm menjadi tunggangan yang cukup kuat dan laju untuk jenama-jenama ini terutamanya Miu Miu. Adik kepada jenama Prada ini tanpa segan silu mahu pengikut mereka untuk mendapatkan bag charm sebagai suatu pelengkap aksesori untuk beg tangan.

Koleksi bag charm Miu Miu menampilkan saiz mini yang dikategorikan comel bagi pelbagai rekaan unik dan ikonik Miu Miu. Sebagai contoh, skirt pendek pada koleksi Musim Panas/Bunga 2022 dan kasut balet tular ketika pertunjukan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022.

Foto – Miu Miu
Foto – Miu Miu

Bukan itu sahaja, beg tangan kamu boleh dihiasi dengan bag charm berupa beg tangan mini yang tidak langsung berguna. Apa yang mengejutkan, bag charm ilham beg tangan Birkin ini dijual pada harga RM7100. Ya, kamu boleh mendapat lagi sebuah beg tangan dengan harga tersebut! Jadi apa tujuan bag charm ini?

Foto – Miu Miu

Dari laman sesawang rasmi Miu Miu, harga bag charm bermula dari RM2020 sehingga RM7100. Ia bergantung pada rekaan, saiz dan nilai aksesori tersebut sebagai personaliti diri si pemakai. Penulis tak tahu kenapa ada yang sanggup beli bag charm beribu begini sebagai menonjolkan identiti mereka.

Apa pendapat kamu tentang trend bag charm ini?

The post Bag Charm Miu Miu Harga Cecah RM7000, Berbaloi Atau Sekadar “Cekik Darah”? appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271