
Berbanding kolaborasi yang pertama yang dikeluarkan pada Julai tahun ini, kali ini Levi’s® dan McLaren melancarkan koleksi kolaborasi kedua yang diinspirasikan oleh estetika dan kelajuan era moden McLaren Racing.
Untuk peminat perlumbaan dan penggemar fesyen, Miss Murai yakin kamu akan menyukai koleksi kali ini. Menerusi koleksi kolaborasi kedua ini, kamu dapat melihat pelbagai gaya terbaru untuk lelaki dan wanita, yang menggabungkan estetika vintaj McLaren dan siluet Levi’s® yang diimaginasikan semula!
Koleksi Levi’s® x McLaren Racing kedua ini menawarkan pelbagai helaian yang sangat bergaya untuk lelaki dan wanita, termasuklah seluar jeans Sport 501, Jeans Speed, hoodie Constructors dan juga Speed Bandana.
Dalam koleksi ini, helaian yang menarik perhatian Miss Murai adalah jaket Speed Trucker yang diinspirasikan oleh jaket perlumbaan klasik, menampilkan double-snap throat latch, ikat pinggang sentap dan garis gaya yang berani. Manakala untuk versi wanita pula, kamu boleh melihat penambahan perincian seperti jenama McLaren Racing di dada kiri dan zip dua hala untuk gaya sporty!
- Foto – Levi’s®
Satu lagi kegemaran Miss Murai adalah atasan SecondSkin, di mana kepingan ini menampilkan long-sleeve mock neck dalam rona oren yang striking, diinspirasikan daripada cetakan modular McLaren.
Selain daripada jaket Speed Trucker, SecondSkin, kamu juga boleh melihat kepingan lain seperti tee grafik lengan panjang, jaket bomber denim, hingga ke hoodie di levis.com.my.
The post Gabungan Kelajuan & Gaya, Levi’s® X McLaren Racing Kini Kembali Untuk Koleksi Kolaborasi Kedua! appeared first on Miss Murai.