
Terkesima melihat gaya fesyen dan pembawakan Mawar Rashid sekarang. Ibu kepada tiga orang anak ini tampil pendekatan pilihan outfit tampak lebih rileks, cozy dan aura old money style. Pilihan pakaian rona neutral dan hitam menjadi sinonim dengan Mawar Rashid. Malah dengan gaya ini, Mawar tampak lebih muda remaja dan bertambah jelita.
Nama Mawar bukan sahaja dikenali sebagai aktres, malah penyanyi dan pengasas jenama kecantikan Mawarose. Selepas penceraian November tahun lalu, Mawar kelihatan lebih tenang dan bijak membawa diri. Aura tersebut terpancar dari perkongsian gambar di laman Instagram dan sudah tentu dari pilihan warna-warna outfit. Jadi Miss Murai tampilkan pilihan fesyen rona neutral dari Mawar Rashid, untuk sama-sama kita beroleh inspirasi;
- Bermain di pantai dengan full outfit warna putih dengan cardigan, skirt labuh dan t-shirt. Ringkas dan memang nampak rileks sahaja.

- Sweater turtleneck kelabu yang agak longgar dipadankan bersama skirt pendek hitam. Sekali lihat macam idol K-pop sahaja. Lihat bagaimana, Mawar matching warna topi dan beg tote.

- Rona tanah begini bantu membuatkan bentuk tubuh nampak lebih langsing. Tips untuk pakai gaun suit begini, pastikan kamu pilih material yang tidak melekat dan flowy.

- Ya, Mawar cuba menggayakan old money style dan ia amat sesuai dengan wajah ‘mahal’-nya.

- Gaun labuh putih dengan potongan leher turtleneck membuatkan komposisi badan kelihatan lebih seksi. Mawar tak perlu berlebih menata gaya dengan aksesori, ia sudah memadai dengan tubuh langsingnya.

- Tak semestinya, putih dan hitam. Olahan campuran dua warna (kelabu) ini juga satu palet bersama neutral. Bagi memastikan outfit tidak nampak kusam, Mawar naikkan seri menggunakan warna maroon pada kasut dan beg tangan.

- Mawar tampil manis dengan gaun tanpa lengan dan dihiasi ikatan pinggang. Warna putih krim begini wajib ada untuk yang ingin memulai wardrobe neutral.

Cantik bukan? Sekali pandang bukan seperti Mawar Rashid yang happy-go-lucky yang dulu. Melalui penampilan terkini Mawar jelas seperti wanita berdikari dan stand on her ground.
The post Tukar Wardrobe Rona Neutral, Buatkan Mawar Rashid Semakin Tampil Jelita appeared first on Miss Murai.