
Nampaknya India terusan berpesta sakan meraikan perkahwinan anak lelaki bilionaire Mukesh Ambani, Anant Ambani and pasangannya, Radhika Merchant.
Seluruh selebriti dan bintang hebat dunia seperti John Cena, Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Amitabh Bachan dan ramai lagi menghadiri majlis yang penuh mega itu.
Dalam banyak-banyak, penulis tertarik dengan persalinan tradisional anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan. Tidak terlalu berlebihan masih kekal anggun serta sesuai dengan usia mudanya, Suhana memilih dua busana yang bergemerlapan.
Untuk busana pertama, Suhana tampil glamor mengenakan sari labuci emas rekaan Manish Malhotra.
Suhana bertukar kepada lehenga daripada koleksi Mayyur Girotra Couture. Menariknya, lehenga ini perpaduan pelbagai warna seperti hijau, ungu, pic, oren, merah jambu dan mustard yang menyerlahkan kemanisan Suhana Khan.
Love sangat.!
The post Suhana Khan Melaram Sakan Dengan Dua Busana India Yang Bergemerlapan appeared first on Miss Murai.