Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Muncul Secara Mengejut, Visual BLACKPINK Jisoo Di Parti Cartier Tuai Pujian- “Terlalu Cantik Macam Patung!”

$
0
0

Tanpa sebarang berita dan pengumuman, ahli BLACKPINK iaitu Jisoo muncul secara mengejut, meraikan ulang tahun ke-100 koleksi ikonik Cartier iaitu Trinity di Singapura.

Bersempena dengan ulang tahun ke-100 Trinity, Cartier bakal membuka pop-up di Art House Singapura, bermula dari 15 Julai sehingga 23 Julai 2024.

Melihat penampilannya di parti ulang tahun tersebut membuatkan ramai yang terkejut. Ini kerana Jisoo tidak memberikan sebarang hint bahawa dirinya akan meninggalkan Korea Selatan, memandangkan ada peminat yang melihat dirinya sibuk menjalani penggambaraan drama terbaru iaitu “Influenza”.

Walaupun begitu, ramai  juga yang terpegun melihat penampilannya ketika berada di parti ulang tahun Cartier itu. Tampil lebih cantik dan anggun berbanding sebelum ini, visual Jisoo di parti itu telah menuai pujian ramai.

Khas untuk meraikan ulang tahun ke-100 Cartier Trinity, Jisoo telah menyarungkan gaun mini daripada GCDS SS24 daripada jenama Guliano Calza. Apa yang Miss Murai suka dengan penampilan kali ini adalah gaun tersebut menampakkan lagi susuk tubuh badan Jisoo yang langsing.

Foto – X

Penampilannya itu dilengkapkan dengan kasut tinggi dan aksesori Cartier berona emas, terdiri daripada rantai, anting-anting, gelang tangan dan cincin.

Kalau begini visualnya, memang layaklah digelar sebagai ‘goddess’ yang paling cantik dan popular di kalangan idol K-Pop!

The post Muncul Secara Mengejut, Visual BLACKPINK Jisoo Di Parti Cartier Tuai Pujian- “Terlalu Cantik Macam Patung!” appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271