Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Lebih Elegan & Cantik, Rambut Baru Lily Collins Sesuai Untuk Mereka Yang Miliki Wajah Berbentuk Hati

$
0
0

Love sangat gaya rambut kali ini!

Lily Collins antara selebriti wanita yang sentiasa terbuka dan berani bereksperimen dengan pelbagai gaya rambut yang baharu, tanpa mengira kepanjangannya.

Dan baru-baru ini, Miss Murai terpegun melihat gaya rambut baharu Lily iaitu blunt bob. Lebih pendek daripada sebelum ini, Lily dilihat telah memotong rambut panjangnya itu khas untuk premiere filem terbarunya iaitu ‘MaXXXine’.

Sekadar info untuk kamu, gaya rambutnya itu dipotong oleh hairstylist Gregory Russel, yang turut memotong rambut aktres Anya-Taylor Joy dan Jennifer Lawrence.

Untuk menghasilkan stail tersebut, rambut Lilly dipotong daripada bahagian hujung sehingga ke bawah telinga. Rambut yang membingkai wajahnya itu dilihat sempurna dan sesuai untuk mereka yang memiliki wajah berbentuk hati.

Kemudian rambutnya diwarnakan kepada coklat gelap, yang hampir kepada warna hitam. Miss Murai suka dengan rambut baru Lily, membuatkan wajah nampak lebih fresh dan elegan kan?

The post Lebih Elegan & Cantik, Rambut Baru Lily Collins Sesuai Untuk Mereka Yang Miliki Wajah Berbentuk Hati appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271