Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Melissa Sunting Inspirasi Dari Beauty and the Beast Untuk Koleksi Kasut Sarung Terkini

$
0
0

Bakal ditayangkan pertengahan bulan ini, filem Beauty and the Beast dijangka menjadi hit di seluruh dunia.

Bagi memeriahkan lagi tayangan filem tersebut, Melissa, jenama kasut tersohor memperkenalkan koleksi terbaharu untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang diinspirasi daripada mawar keramat milik Beast dalam filem tersebut.

Kasut sarung Melissa + Beauty and the Beast untuk wanita yang dihiasi bunga ros metalik: RM409.00

Kasut tumit rendah yang dhiasi motif bunga ros timbul pelbagai warna ini sesuai untuk digayakan bersama pakaian kasual untuk tambah elemen feminin.

Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi karakter Chip Potts dan Mrs Potts untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00
Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi bunga ros untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00

Untuk keterangan lanjut, sila layari [mdreams.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Melissa Malaysia di [www.facebook.com/MelissaShoesMalaysia]

Kesemua koleksi Melissa + Beauty and the Beast ini akan mula dipasarkan pada pertengahan Mac akan datang.

The post Melissa Sunting Inspirasi Dari Beauty and the Beast Untuk Koleksi Kasut Sarung Terkini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271