
Sangat ikonik!
Kecoh baru-baru ini apabila watak ‘Miranda Priestly’ secara tiba-tiba muncul sebagai tetamu di pertunjukkan fesyen BALENCIAGA Fall/Winter 2024, yang berlangsung di Paris.
Watak ikonik dalam filem ‘The Devil Wears Prada’ itu telah mencetuskan tanda tanya apabila ramai yang keliru sama ada itu ialah aktres Meryl Streep atau pun tidak.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan kamu. individu yang muncul sebagai Miranda Priestly itu ialah Alexis Stone, seorang makeup artist SFX yang sangat berbakat. Dia dan pasukannya telah bekerja keras selama tiga bulan untuk mengubah penampilannya menjadi Miranda untuk BALENCIAGA.
- Foto – @thealexisstone (IG) / In Style
Dipetik daripada Bristish Vogue, Alexis memberitahu bahawa dia dan pengarah kreatif BALENCIAGA iaitu Demna, pada awalnya merancang untuk membawa watak ini ketika Met Gala, Tetapi atas sebab tertentu, mereka terpaksa batalkannya dan membawa watak ini ketika pertunjukkan fesyen BALENCIAGA FW24.
View this post on Instagram
Penampilan Alexis sebagai Miranda Priestly sememangnya mencuri perhatian orang ramai. Dengan prostetik wajah, rambut palsu, solekan dan juga veneer clip-in, transformasi ini nampak sangat sempurna!
- Foto – Vogue / Threads
Miss Murai yakin jika pada awalnya tiada siapa yang tahu siapa di sebalik watak ‘Miranda Priestly’ ini di pertunjukkan fesyen BALENCIAGA FW24, pasti ada yang mengatakan aktres Meryl Streep.
Apa pendapat kamu? Transformasi ini berjaya menipu mata kasar?
The post Kemunculan Mengejut ‘Miranda Priestly’ Di BALENCIAGA FW24- “Sebenarnya Itu Bukan Mery Streep, Dia Ialah…” appeared first on Miss Murai.