Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Temui Pop-Up Jentle Salon Pada Julai Ini, Tapi… Sebelum Pergi Kamu Kena Tahu Details Penting Ini!

$
0
0

Miss Murai yakin kamu akan excited dengan berita ini!

Kalau sebelum ini kena countdown untuk koleksi Jentle Salon tiba di butik Gentle Monster, kali ini kamu sekali lagi perlu countdown untuk menantikan pembukaan pop-up Jentle Salon.

Bakal dibuka selama dua puluh tiga hari pada bulan Julai 2024, peminat BLACKPINK Jennie dan Gentle Monster boleh menemui pop-up Jentle Salon di butik Gentle Monster yang terletak di The Exchange TRX.

Foto – Gentle Monster

Sama seperti pop-up Jentle Salon di dua belas negara lain, kamu berpeluang untuk merasai dan menyelami estetika Jennie sendiri. Nantikan patung haiwan gergasi seperti unicorn yang dihiasi dengan penyepit rambut, capybara dan juga arnab, membawa kamu ke alam fantasi Jennie.

Foto – Gentle Monster

Selain itu, kamu juga boleh temui barisan kaca mata eksklusif yang terdiri daripada 8 siluet bingkai yang berbeza dan 11 charms yang direka khas berdasarkan estetik ahli BLACKPINK tersebut.

Details penting sempena pembukaan pop-up Jentle Salon:

  • Tarikh: 5-28 Julai 2024
  • Masa: 10 pagi – 10 malam
  • Tempat: Gentle Monster, Ground Floor, The Exchange TRX.

** Bagi sesetengah model yang telah sold out sebelum ini, Gentle Monster akan restock semula ketika pop-up Jentle Salon berlangsung.

Jangan lupa untuk kunjungi pop-up Jentle Salon yang istimewa ini ye!

The post Temui Pop-Up Jentle Salon Pada Julai Ini, Tapi… Sebelum Pergi Kamu Kena Tahu Details Penting Ini! appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271