Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Lihat Kenapa Puteri Diana Berhenti Pakai Sarung Tangan & Topi…

$
0
0

Sudah menjadi lumrah, asalkan namanya raja, pasti semua akan diperhatikan oleh orang. Dalam erti kata lain, ramai akan mengkritik tak kisahlah dari segi pemakaian, cita rasa fesyen mahupun sifat dan cara pembawakan diri.

Ramai perasan bahawa Kate Middleton hanya akan memegang beg kepit walau di mana beliau berada manakala suaminya Putera William pula tidak pernah dilihat memakai cincin kahwinnya.

Puteri Diana menari bersama suaminya, Princes Charles. Sumber: biography.com

Satu demi satu misteri keluarga diraja Britain mula dipersoalkan orang dan terkini, netizen tertanya-tanya mengapa Puteri Diana tidak mahu mematuhi protokol yang sebenarnya menggalakkan seorang puteri untuk memakai sarung tangan? Lebih-lebih lagi saat menghadiri acara atau majlis formal yang turut dihadiri ramai undangan termasuklah orang luar melibatkan rakyat jelata.

Sumber: Vanity Fair

Eleri Lynn, merupakan salah seorang kurator yang menguruskan pameran pakaian mendiang Puteri Diana baru-baru ini menyatakan bahawa Puteri berjiwa besar itu sengaja menolak protokol diraja untuk memakai sarung tangan kerana dia gemar dan mahu berjabat tangan dengan semua orang yang ditemuinya termasuklah rakyat jelata. Dia mahu mempunyai ‘hubungan terus’ dengan semua orang tanpa mengira darjat.

Pameran koleksi pakaian milik mendiang Puteri Diana. Sumber: Getty
Sumber: Getty

Bukan itu sahaja, Puteri Diana juga tidak gemar memakai topi seperti mana ibu mertuanya, Queen Elizabeth yang tidak pernah lekang daripada aksesori topi di kepala kerana menurutnya, hal itu akan menyukarkan dirinya untuk memeluk anak-anak kecil. Jelas Puteri Diana suatu ketika dahulu, “You can’t cuddle a child in a hat”.

Sumber: Tim Graham/Getty
Sumber: Getty

Puteri Diana sememangnya jujur menjadi dirinya sendiri serta berani menonjolkan sifat yang sebenar melihatkan mendiang sanggup mengingkari protokol diraja Britain waktu itu di mana topi dan sarung tangan adalah sebahagian aksesori utama untuk seorang wanita yang berstatus diraja.

Jika pakaian rona gelap seperti hitam adalah seragam lazim yang digayakan seseorang saat menghadiri rumah sakit, sebaliknya Puteri Diana cuba menyuntik jiwa baharu apabila tampil memakai pakaian berwarna terang demi menceriakan para pesakit saat membuat lawatan di hospital.

Sumber: Getty

Jelas, wanita ini sememangnya insan yang sangat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Puteri. Beliau juga tidak kisah untuk meletakkan diri sama rendah dengan rakyat dan orang dikelilingnya tanpa dihantui sifat berat sebelah. Maka benarlah Puteri Diana ikon wanita sepanjang zaman. 

Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sumber: Nils Jorgensen/Rex Features

Sudahlah cantik, berjiwa besar, cita rasa fesyennya juga cukup menyerlah memberi inspirasi kepada wanita sekaligus berjaya menjadi cinta hati rakyat di seluruh dunia.

SUMBER 1, 2 & 3

The post Lihat Kenapa Puteri Diana Berhenti Pakai Sarung Tangan & Topi… appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271