Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Dapatkan Variasi Item Fesyen Dari Jenama Popular Korea Di THE TWEE

$
0
0

Peneraju jenama fesyen Korea bakal membuka gedung flagship mereka yang pertama di Kota Metropolitan Kuala Lumpur pada 2 Mac akan datang.

The Twee menawarkan pelbagai pilihan menarik yang terdiri daripada item fesyen untuk lelaki dan wanita merangkumi aksesori, pakaian, kasut, beg  dan macam-macam lagi.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan, boleh dibeli bermula RM29 hingga RM359 setiap satu.

Bukan itu sahaja, The Twee sangat teruja mahu menampilkan variasi rekaan menarik dari para pereka Korea di mana rata-rata koleksi yang dibawa masuk ke Malaysia itu penuh dengan karakter unik tersendiri.

Gedung Flagship The Twee akan beroperasi di aras Ground Floor KL Gateway Mall dari jam 10am hingga 10pm setiap hari.

Jika tiada masa untuk pergi membeli-belah di The Twee pada hujung minggu, khas buat anda yang sibuk, jangan ketinggalan untu melawat gedung flagship tersebut dansertai THE TWEE Lunch Break Deals untuk dapat potongan harga bagi barangan aksesori dari 1 hingga 2pm manakala THE TWEE After Work Great Deals dari jam 6 hingga 7pm untuk dapatkan beg tangan dan kasut pada harga promosi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari thetwee.com.my atau lawat laman social rasmi The Twee di:-

Facebook: [www.facebook.com/The-TWEE]

Instagram: [www.instagram.com/thetweemy]

 

The post Dapatkan Variasi Item Fesyen Dari Jenama Popular Korea Di THE TWEE appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271