Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Kedai Flagship Pertama Di Asia Tenggara, Roberto Cavalli Kini Di The Starhill KL!

$
0
0

Jenama fesyen Itali, Roberto Cavalli telah melancarkan kedai konsep flagship pertamanya di Asia Tenggara. Bertempat di pusat beli-belah popular di Malaysia, kunjungi butik Roberto Cavalli di The Starhill Kuala Lumpur mulai hari ini!

Menjangkau lebih daripada 142 persegi,  butik Roberto Cavalli diperincikan dengan hiasan dalaman; seperti tingkap kedai separuh bulatan, yang dipadankan bersama dua back-window panel berona onyx hijau.

Malaysia telah menjadi penanda pasaran Asia yang keenam jenama Robert Cavalli, selepas Macau, Kemboja, Thailand, Taiwan dan China. Jenama Robert Cavalli juga bakal mengendalikan enam kedai brick-mortar di rantau ini.

Foto – Roberto Cavalli

Terletak di tingkat bawah The Starhill KL, butik ini akan menjadi pusat kepada rangkaian penuh jenama Itali ini dan aksesori sedia ada untuk dipakai wanita dan lelaki, termasuklah koleksi FW 2022.

Sekadar info, sejak penubuhannya pada tahun 1970, Roberto Cavalli telah berkembang mewakili kemuncak fesyen Itali dengan menggabungkan ketukangan, semangat dan kreativiti artisanal.

“Roberto Cavalli telah menemui kod estetiknya yang paling tulen – dikesan kembali ke akar pada tahun 1970-an melalui perkembangan semula jadi kepada glamor dan godaan pada pertengahan 90-an dan 2000-an.”- Pengarah Kreatif Fausto Puglisi.

The post Kedai Flagship Pertama Di Asia Tenggara, Roberto Cavalli Kini Di The Starhill KL! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271