Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Hermes Keluarkan Sneakers, Tapi Dituduh Ciplak Rekaan Orang?

$
0
0

Dunia fesyen memang tak lari dari kontroversi, ada sahaja untuk menambah perisa.

Kasut sukan atau sneakers sudah menjadi perhatian jenama-jenama mewah. Jika lihat sudah banyak jenama ekslusif fesyen berjaya mencipta gaya sneakers mereka tersendiri. Ini semua bagi memenuhi kehendak pelanggan yang seiring dengan peredaran masa.

Begitu juga jenama paling gah iaitu Hermes, tidak mahu ketingggalan merealisasikan beberapa koleksi sneaker terbarunya.

Namun ada cerita yang kurang menyenangkan disebalik dua pelancaran koleksi sneaker Enclair dan Envol.

Hermes Envol Sneakers [RM3900]

Foto – Hermes

Pihak dari pembuat kasut sukan terkemuka Skechers mendapati ada satu persamaan rekaan kasut Hermes dengan koleksi sebelum ini.

Bukan bentuk kasut, bukan warna mahupun corak tapi bahagian sole kasut yang telah dipaten oleh pihak Skechers. Yakni Skechers Massage Fit sole patent didapati seakan sama bentuk tapak Hermes Enclair.

Skechers mendakwa Hermes meniru dari rekaan tapak koleksi Go Walk mereka. Jangan main-main, tuntunan mahkamah bakal dibuat dan ternyata pihak Skechers mengeluarkan kenyataan yang mereka kecewa dengan tindakan Hermes yang kira diciplak.

Skechers Women GOwalk Massage Fit Shoes [RM499]

 

Foto – Skechers

“It is disappointing that a company of Hermès’ reputation and standing has chosen to copy and infringe Skechers’ patented designs,” – kenyataan wakil Skechers

Sebenarnya, Skechers juga telah menerima beberapa tuntutan mahkamah dari Nike serta adidas. Iaitu melibatkan masalah rekaan dan paten kasut.

Kalau dah nama sneakers atau kasut sukan, memang tiada apa yang boleh nampak beza sangat pun.

Apa pendapat anda?

The post Hermes Keluarkan Sneakers, Tapi Dituduh Ciplak Rekaan Orang? appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271