Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Ceriakan Hari Deepavali Dengan Paduan Item Pandora Ini!

$
0
0

Dalam meraikan perayaan Deepavali, selain daripada lampu dan warna-warna terang, sudah semestinya barang kemas menjadi item yang wajib kena ada.

Campuran permata pada emas, rose gold dan silver Pandora bukan saja tambahkan kemeriahan OOTD, tetapi meningkatkan seluruh penampilan kamu pada Deepavali ini.

Daripada mutiara kepada link chains, emas atau silver, bangles atau bracelets; Pandora titipkan cara terbaik untuk kamu gayakan barang kemasnya semasa menyambut hari Deepavali. Lihat di bawah;

Cara 1

Untuk hadiri majlis atau berkunjung ke rumah sanak saudara pada waktu siang; cuba kamu gabungkan rantai emas, rose gold dan mutiara secara berlapis-lapis serta cuba kenakan anting-anting gold hoop.

Foto – Pandora

Pada bahagian tangan pula, kamu boleh gayakan link chains dan tennis bracelet serta Pandora Siganture I-D Open Gold Bangles. Sebagai pelengkap gaya, susunkan multiple-coloured Solitaire Rings di jari kamu!

Cara 2 

Bagi sebarang aktiviti kasual pada waktu malam pula, kamu boleh cuba gaya dalam serba warna emas seperti Pandora ME Slim Treated Freshwater Cultured Pearl Necklace.

Foto – Pandora

Jangan lupa untuk lengkapkan gaya dengan Sparkling Round Halo Ring di jari dan Pink Solitaire Huggie Hoop Earing yang dipakai sebagai cincin hidung.

Cara 3

Foto – Pandora

Nak nampak bergaya dengan kilauan barang kemas, kamu boleh lapiskan rantai dan gelang mutiara dengan mutiara. Untuk lengkapkan gaya keseluruhan, kamu boleh gayakan Three Stone Vintage Ring dalam silver dan Pandora Moments Charm Double Hoop Earring. Baru nampak elegan dan sophisticated!

Pandora telah memilih model Melina Grewal dan akauntan serta ibu kepada dua anak; Puan Jovani Reddy Chinniah untuk kempen Deepavali mereka.

The post Ceriakan Hari Deepavali Dengan Paduan Item Pandora Ini! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271