Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

4 Jenis Seluar Jeans Yang Trendy, Bila Pakai Auto Nampak Fashionable!

$
0
0

Tak kiralah apa jua situasi pun, pasti akan ada yang jadikan seluar jeans sebagai pilihan utama mereka. Sama ada flare jeans, skinny jeans, mom jeans atau low rise jeans, DIVA ada beberapa seluar jeans yang mahu kamu cuba.

Secara peribadi, DIVA rasakan empat seluar jeans ini sangat trendy dan timeless, bila pakainya memang akan rasa sangat fashionable. Kamu boleh cuba empat seluar jeans berikut…

Wide-leg jeans

Foto – Harper’s Bazzar

Selesa dan mudah digayakan, kamu boleh kenakan wide-leg jeans dengan blazer, but, bodysuit, knitwear dan banyak lagi. Psst… Potongan jeans yang tak dramatik ini juga boleh kamu pakai sama ada secara kasual atau rasmi juga tau.

High-waisted jeans 

Foto – Pinterest

Sangat popular, high-waisted jeans boleh dipadankan dengan apa jenis pakaian sekali pun. Pilih sama ada crop top, tucked in tee atau pun sweater, semuanya nampak cantik!

Straight cut jeans 

Foto – Vogue

Percaya atau tidak, seluar jeans jenis ini akan sentiasa kekal relevan. Sama ada pakai dengan padanan kemeja, t-shirt, bralette, kasut tumit, sneakers hingga ke sandal, kamu akan tetap nampak vogue!

Cargo jeans 

Foto – Vogue / H&M

Sekiranya kamu seorang yang sukakan gaya minimalis, DIVA syorkan untuk kamu pakai cargo jeans. Nampak sangat santai dan boleh pakai tak kiralah mahu berjumpa dengan rakan atau beli-belah.

Selamat mencuba!

The post 4 Jenis Seluar Jeans Yang Trendy, Bila Pakai Auto Nampak Fashionable! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271