
Jenama fesyen Sweden meraikan tujuh artis wanita tempatan dalam Kempen “Seven Sisters Salute Sisterhood” sempena pembukaan kedai barunya pada 19 November ini.
Sejak Januari 2022, Monki telah menganjurkan pop-up sementara di tengah-tengah Pavilion KL. Ruang sementara ini kini memberi laluan kepada kedai berkonsep serba baru di mana pelanggan boleh mencari semua keperluan fesyen mereka.
Contohnya, daripada barangan keperluan harian hingga barangan yang menonjol pada harga yang kompetitif, semuanya diinspirasikan daripada gabungan gaya jalanan Asia dan gaya estetika Scandinavia.
Ini telah menjadi tumpuan kepada Kempen “Seven Sisters Salute Sisterhood” menjelang pembukaan kedai baru ini. Di mana Monki telah bekerjasama dengan tujuh artis wanita untuk mencipta karya seni berkisarkan “Salute Sisterhood”.
Wanita hebat ini terdiri daripada ilustrator kepada muralis dan artis visual, yang masing-masing akan mencipta karya tentang pemerkasaan dan perpaduan wanita, untuk dipaparkan di kedai baru.
Sharina Shahrin, IG @sharinashahrin_
View this post on Instagram
Sarah Reza, IG @senisara.my
View this post on Instagram
Nurul Atika, IG @newruul
View this post on Instagram
Florence Khoo, IG @florencekhoo.art
View this post on Instagram
Shari Jaffri, IG @tragikomedi
View this post on Instagram
Dianne Tahir, IG @misoramastudio
View this post on Instagram
Shobhana Nair, IG @shonaacreativehouse__
View this post on Instagram
Selain itu, artis Nawwar Shukriah Ali terpilih untuk mencipta pemasangan dalam kedai yang menarik perhatian dan berwarna-warni, menyerlahkan kerja antara Monki dan komuniti kreatif tempatan.
Monki turut berhasrat untuk dikenali atas usaha bertanggungjawab dan inisiatif kesedaran jenama ini dalam hal kemampanan. Ini melalui cara gedung baru direka dan dibina. Untuk menjana impak alam sekitar yang minimum, struktur sedia ada telah dikekalkan dan bahan kitar semula telah digunakan untuk kesan visual yang menakjubkan.
Pavilion KL akan menjadi pusat beli-belah pertama di seluruh Asia yang melancarkan konsep baru ini.
The post Monki Rai 7 Wanita Tempatan Hebat Dalam Kempen “Seven Sisters Salute Sisterhood” appeared first on Diva MY.