Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

AirAsia Runway Ready Designer Search Beri Peluang Pereka Fesyen Asean Tonjol Bakat

$
0
0

Pereka fesyen diseluruh rantau Asean akan menerima peluang keemasan dengan pelancaran pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 yang kini diperluaskan ke semua 10 buah negara Asean tahun ini.

Ujibakat pertandingan tersebut akan berlangsung di setiap ibu kota negara Asean dari bulan April hingga Jun 2017. 2 orang pereka muda terbaik akan mewakili negara mereka ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini.

Pemenang pencarian pereka fesyen serantau ini akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM350,000 termasuk satu slot di KL Fashion Week Ready To Wear 2018, wang RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dijual di laman web fashionvalet.commata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, serta tiket penerbangan AirAsia dan banyak lagi.

Pereka fesyen terkemuka dari setiap negara seperti Q Design and Play dari Thailand, Anthony Ramirez dari Filipina dan Mel Ahyar dari Indonesia akan menjadi sebahagian daripada panel juri bagi ujibakat di setiap ibu kota negara, sementara pengasas KL Fashion Week Ready To Wear, Andrew Tan dan pengasas FashionValet, Vivy Yusof akan menjadi panel juri tetap diseluruh Asean untuk ujibakat yang dijalankan.

Pereka fesyen Terkenal Malaysia, Alia Bastamam serta Yang Mei Ling, pengarang majalah FEMALE Malaysia juga akan menjadi  sebahagian daripada panel juri untuk ujibakat di Malaysia.

Ikuti saluran Youtube AirAsia (youtube.com/user/AirAsiauntuk webisodes yang akan memaparkan perjalanan semua peserta atau ikuti hastag #AirAsiaRunway di saluran media sosial yang lain seperti Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271