Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Sentiasa Jadi Best-seller, 5 Beg Tangan Unik Jacquemus Yang Patut Kamu Beli…

$
0
0

Teringat DIVA saat pertama kali nama jenama Jacquemus disebut-sebut sebaik sahaja beg tangan mikro menjadi kisah fesyen tular di media sosial. Tidak lama selepas itu, berebut-rebut para selebriti menggayakan pelbagai rekaan beg tangan Jacquemus.

Sementalah daripada itu, Jacquemus mula menjadi satu jenama fesyen sensasi dan dianggap trendy. Apa yang Jacquemus lancar pasti laku keras dan ditayang-tayang di Instagram.

Foto – WWD

Akhirnya berkat usaha pengasasnya Simon Porte Jacquemus dari tahun 2009 membuahkan hasil. Malah, beliau merupakan pereka fesyen termuda (32 tahun) yang berjaya!

Nah, buat anda yang masih berkira-kira untuk dapatkan satu atau dua beg tangan dari Jacquemus. DIVA cadangkan anda beberapa beg tangan Jacquemus best-seller dan sudah tentu boleh digayakan dengan apa jua outfit!

#1 Le grand Chiquito

Beg tangan saiz sederhana ini memang tak akan lapuk! Ia boleh dipadankan dengan apa jua gaya. Bagi DIVA, Le grand Chiquito sanga elegan apabila digayakan bersama everyday dress atau casual dress.

Foto – Jacquemus

#2 Le bambino

Beg mini flap le bambino ini serius boleh dibawa ketika berlibur atau ke pejabat.

Foto – Jacquemus

#3 Le sac Rond

Bosan dengan rekaan beg yag biasa-biasa? Pemegang beg Le sac Rond boleh jadi tumpuan bila anda bawanya kemana-mana sahaja. Ia bukan sahaja unik, malah memberi keselesaan untuk anda menjinjit beg ini. Menarik!

Foto – Jacquemus

#4 Le Chiquito

Wajib ada! Biarpun kecil, genit dan hanya boleh muat duit syiling dan lisptick tapi bagi DIVA inilah beg ikonik Jacquemus.

Foto – Jacquemus

#5 Le Chiquito long

Beg tangan koleksi Le chiquito juga ada yang versi panjang.

Foto – Jacquemus

Geram kan tengok semua handbag Jacquemus ini?! Memang betul-betul eye candy yang boleh memikat gadis-gadis molek seperti kita. Hiks!

Layari https://www.jacquemus.com/ untuk lihat lebih banyak koleksi menarik Jacquemus.

Happy shopping semua!

The post Sentiasa Jadi Best-seller, 5 Beg Tangan Unik Jacquemus Yang Patut Kamu Beli… appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271