Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Tips Fesyen: 10 Perkara Yang Semua Pencinta Beg Tangan Perlu Tahu Tentang ‘Chanel Flap Bag’

$
0
0
Kancing CC Lock yang dimiliki oleh Classic Flap rekaan Karl Lagerfeld. Sumber: wanthaveit.pl

Kalau dah namanya wanita, mestilah sifat ‘gilakan’ fesyen tu tak akan lari daripada diri.

Kita semua sedia maklum, fesyen sentiasa berubah mengikut arus permodenan namun tahukah anda bahawa meskipun trend semasa serta ikutan fesyen itu berubah mengikut zaman, beg tangan ciptaan jenama Chanel seperti Chanel Classic Flap ini tidak pernah berubah nilainya. Bahkan harganya bisa melambung tinggi meskipun rekaan tersebut telah lahir sejak 20 tahun yang lalu. Lebih klasik rekaannya, lebih tinggi nilai beg tangan itu.

Classic Flap rekaan terkini. Sumber: wanthaveit.pl
Classic Flap rekaan terkini. Sumber: wanthaveit.pl

Mungkin, faktor ini jugalah yang telah mendorong ramai orang membeli beg tangan Chanel Flap Bag semata-mata untuk tujuan pelaburan.

Sebagai pencerahan, ini Wanista senaraikan 10 fakta mengenai Chanel Flap Bag!

#1 Beg 2.55 Adalah Beg Bahu Pertama Rekaan Chanel

Coco Chanel adalah wanita yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan beg jenama Chanel pada tahun 1929. Ia hanya bisa dimiliki oleh wanita-wanita bangsawan serta golongan berada era itu. Namun saiz beg (clutch) rekaan pertamanya agak besar dan rumit untuk dipegang menggunakan tangan.

Beg bertali Channel 2.55 yang pertama. Sumber: purseblog.com
Beg bertali Channel 2.55 yang pertama. Sumber: purseblog.com

Pada Februari 1955, beliau mula mengeluarkan rekaan beg bertali yang digelar Chanel 2.55 seterusnya menukar fesyen beg tangan ketika itu kerana Chanel adalah satu-satunya jenama yang memperkenalkan beg tangan untuk wanita yang boleh disangkut ke bahu.

Buat kali yang pertama, cara membawa beg dengan menyangkutnya ke bahu mula popular dan menjadi ikutan dalam kalangan wanita waktu itu.

#2 Kancing CC Yang Popular Itu Hanya Mula Diperkenalkan Sekitar 80an

Sumber: seefashion.co.uk
Wajah ikonik Coco Chanel. Sumber: seefashion.co.uk

Untuk pengetahuan semua, kancing beg Chanel yang asli seperti rekaan pertama yang dikeluarkan oleh Coco Chanel adalah seperti kancing biasa. Ia mempunyai bingkai segi empat sama yang punatnya boleh diputar bagi membuka penutup beg. (seperti pada gambar rajah kiri).

Perbezaan kancing Chanel Flap yang klasik dengan Chanel Flap terkini rekaan Karl Lagerfeld. Sumber: purseblog.com
Perbezaan kancing Chanel Flap yang klasik  (kiri) dengan Chanel Flap terkini rekaan Karl Lagerfeld. Sumber: purseblog.com

Namun, pada tahun 1980an, Karl Lagerfeld telah menambah baik Chanel Flap dengan menukar kancingnya kepada kancing ikonik yang mempunyai motif huruf CC bersilang. Ia digelar CC Lock manakala kancing lama rekaan Coco Chanel pula adalah jenis Mademoiselle Lock kerana Coco Channel tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya.

***Mademoiselle adalah bahasa Perancis yang bermaksud ‘Cik’ kata nama yang dirujuk buat mereka yang belum berkahwin. Jelas?

#3 Oh! Tali Panjang Aslinya Juga Tidak Seperti Classic Flap Terkini

Anda mesti tak tahu yang sebenarnya 2.55 original rekaan Coco Chanel hanya mempunyai tali panjang yang dibuat daripada rantai besi semata-mata kan?

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Ya, tali panjang yang disulam dengan kulit seperti yang kita dapat lihat pada rekaan Classic Flap sekarang adalah boleh dikira sebagai rekaan terkini kerana waktu itu, sumber kulit sukar didapati.

#4 Rekaan Bahagian Dalam Chanel 2.55 Diinspirasi Dari ‘Anak Yatim’?

Jika anda peminat Chanel Flap Bag, anda pasti perasan yang bahagian penutup kedua dalam beg berkenaan berwarna merah hati kan?

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Nah, ini kerana, itu adalah warna pakaian seragam yang dipakai oleh Coco Channel ketika dia membesar di rumah asuhan anak-anak yatim. Mungkin itu caranya dia mahu mengekalkan identitinya…

#5 Sebahagian Perincian Chanel Flap Bag Adalah Diinspirasi Daripada Pakaian Lelaki

Perincian jahitan berpetak (quilting) yang boleh dilihat pada kebanyakan Chanel Flap Bag adalah dicuri dari perincian pada fabrik jahitan berpetak jaket lelaki. Coco Chanel sememangnya minat akan rekaan pakaian lelaki. 

Salah satu rekaan Chanel Boy Bag. Sumber: Pinterest
Salah satu rekaan Chanel Boy Bag. Sumber: Pinterest

Bukan itu sahaja, Chanel Boy Bag juga dinamakan bersempena pemain sukan POLO kegemaran Coco iaitu Boy Capel! Tak percaya? Boleh cuba Google…

#6 Chanel Flap Bag Memiliki Terlalu Banyak Nama Sehingga Mengelirukan!

Classic Flap adalah merujuk kepada beg Chanel yang mempunyai kancing CC Lock yang dibaik pulih rekaannya oleh Karl Lagerfeld sekitar tahun 1980an.

Sumber: Pinterest
Classic Flap. Sumber: Pinterest

2.55 adalah nama yang diberikan kepada beg tangan Chanel original rekaan Coco Chanel yang memiliki kancing Mademoiselle Lock, namun ramai yang sering keliru memanggilnya Classic Chanel Flap. ITU SALAH!

2.55 Reissue atau 2.55s pula adalah nama yang diberikan kepada rekaan beg tangan Chanel sama seperti 2.55 oleh Karl Lagerfeld sekitar tahun 2005. Ia adalah rekaan terkini bagi 2.55 yang bukan sahaja ditawarkan dalam perincian material jahitan bersegi “quilted” biasa, malah turut terdapat dalam pilihan pelbagai warna serta diterap dengan perhiasan logam sebegini.

Sumber: purseblog.com
Chanel 2.55 Reissue. Sumber: purseblog.com

#7 Jangan Salah Faham Dengan Istilah Double Flap & Single Flap

Sumber: Tumblr
Sumber: Tumblr

Sememamngnya, 2.55 dan Classic Flap memiliki “double flap” iaitu dua bahagian penutup di mana, penutup pertamanya boleh dilihat menutupi bahagian luar beg manakala penutup keduanya terletak pada bahagian dalam dan lazimnya mempunyai permukaan berwarna merah hati atau burgundy. 

Sumber: pursebop.com
Chanel Classic Flap yang mempunyai satu penutup atau single flap. Sumber: pursebop.com

Bagi rekaan Classic Flap terkini (seperti dalam gambar), kebanyakannya hanya mempunyai satu penutup sahaja kerana ia hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk. 

Namun, untuk pengetahuan semua, Chanel Flap Bag yang mempunyai satu penutup telah diberhentikan pengeluarannya beberapa tahun lalu. Kini semua jenis rekaan 2.55s dan Classic Flap hanya boleh didapati dalam bentuk Double Flap.

#8 Chanel 2.55 hanya Berharga $220 US Pada tahun 1955

Kini, beg Chanel yang hanya diliputi dengan material kulit kosong mampu mencecah hingga $6,000 US iaitu sekitar RM40,000. Namun pada tahun 1955, ia hanya berharga sekitar RM2,000. Phew! Terlalu banyak bezanya.

Channel 2.55. Sumber: Pinterest
Channel 2.55. Sumber: Pinterest

#9 Zip Tersorok Pada Beg Chanel Mempunyai Cerita Tersendiri

Di bahagian sebelah dalam penutup pertama beg Chanel , akan ada ruangan berzip yang tersorok. Rekaan sebegini sukar untuk ditemui pada beg-beg jenama lain. 

Nak tahu kenapa?

Di situlah tempatnya Coco Chanel menyorokkan dan menyimpan surat-surat cintanya. Ya, walaupun Coco Chanel tak pernah berkahwin, tetapi dia gemar mempunyai hubungan sulit.

Sumber: purseblog.com
Sumber: purseblog.com

#10 Jika Anda Cukup Bijak, Anda Boleh Jana Pendapatan Lumayan Dengan Beg Channel

 Beg Chanel adalah antara rekaan beg yang sangat popular dalam pasaran jualan semula. Biarpun ia adalah rekaan lama keluaran tahun yang terdahulu, harganya tetap akan tinggi dari masa ke masa.

Nilainya tidak akan pernah susut membuatkan ramai individu membelinya bukan hanya untuk menggayakannya malah untuk jadikannya sebagai objek pelaburan masa hadapan!

Sumber: wanthaveit.pl
Sumber: wanthaveit.pl

Jika beg berkenaan dijaga rapi, harganya boleh meningkat lebih tinggi dari harga anda membelinya dahulu. Jadi, selain beli emas, anda juga boleh beli sebuah tas tangan Chanel :P

Selamat membeli-belah!

SUMBER 1, 2 & 3


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271