
Nampaknya ada barang baru dikeluarkan Skechers. Kali ini, jenama yang merupakan peneraju global dalam gaya hidup dan kasut berprestasi bekerjasama dengan siri anime terkenal Demon Slayer buat kali pertama mencipta tiga reka bentuk baru yang menarik untuk lelaki dan wanita.
Koleksi baru ini diinspirasikan oleh watak utama, Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado dan Zenitsu Agatsuma, dan akan dijual bermula Ogos 2022. Stamina V2 dan Global Jogger adalah beberapa reka bentuk paling popular yang dikeluarkan oleh Skechers dan direka dengan teknologi keselesaan mereka yang telah dicuba dan diuji.
- Foto – Tanjiro Kamado/Skechers
Stamina V2 menampilkan penekanan yang memberi keselesaan pada si pemakai, seperti;
- Air-Cooled Memory Foam® untuk insole berkusyen
- Tapak tengah berkusyen yang menyerap hentakan
- Mesh sintetik untuk pernafasan dan bahagian depan bertali
- Dura-Grip tapak luar tarikan getah fleksibel
- Foto -Nezuko Kamado/Skechers
Jika kamu inginkan gaya berani dan sporty yang boleh membawa kamu ke mana-mana dengan selesa, maka Skechers Global Jogger, kasut direka dengan;
- Insole berkusyen yang selesa dari Air-Cooled Memory Foam®
- Tapak tengah berkusyen yang menyerap hentakan
- Kulit licin, jaringan atas sintetik dengan kemasan warna yang kontras
- Reka bentuk sukan bertali
- Goodyear® Performance Outsole yang memberikan daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang dipertingkatkan
- Foto – Zenitsu Agatsuma/Skechers
Skechers X Demon Slayer boleh didapati di kedai Skechers terpilih: Skechers 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park LaLaport BBCC, Suria KLCC, Intermark Mall, Pavilion Kuala Lumpur, dan dalam talian melalui www.skechers.com.my, Shopee dan Lazada.
The post Skechers Bawakan Koleksi Kasut Sukan Demon Slayer Yang Gorgeous! appeared first on Diva MY.