Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Selain Celine, Beg Bahu Kegemaran Hailey Bieber Ini Jadi Tumpuan

$
0
0

Sebut sahaja ‘Hailey Bieber’, isteri kepada Justin Bieber ini sentiasa jadi tumpuan orang ramai. Hailey yang merupakan antara selebriti paling terkenal di Hollywood sering tampil dalam pelbagai gaya sehinggakan mencetus fenomena.

Selain daripada pakaiannya yang menjadi perhatian, ramai juga yang tertarik dengan item fesyen yang dimilikinya seperti beg tangan. Dan tak dinafikan, Hailey mempunyai banyak beg tangan jenama mewah dalam koleksinya.

Kali ini DIVA nak kongsikan beg bahu kegemaran Hailey yang sentiasa jadi tarikan dan membuatkan ramai yang mahu dapatkannya juga. Lihat di bawah;

BOTTEGA VENETA Jodie Mini Leather Tote Green 

Foto – Pinterest / My Theresa

Tampil dengan vibe wanita bekerjaya, Hailey memadankan beg hijau Bottega Veneta miliknya dengan oversized blazer berona hijau terang. Bahagian dalam blazer pula dilapisi dengan tank top putih dan seluar jeans pendek.

BALENCIAGA Hourglass Small Handbag Box Red

Foto – Pinterest / Balenciaga

Sangat ekslusif! Hailey memilih untuk memakai jaket kulit yang dipadukan bersama jeans hitam yang dilipat di bahagian kakinya. Ditambah pula dengan beg Hourglass daripada Balenciaga berona merah terang untuk serlahkan keseluruhan gayanya.

PRADA Cleo Brushed Leather Shoulder Bag Black 

Foto – Pinterest / Prada

Untuk mencipta gaya kasual, DIVA sarankan untuk kamu tiru semula gaya Hailey; di mana dia memadankan beg bahu hitam Prada, suit berona kelabu dan sneakers putih. Jangan lupa rapikan rambut kamu dengan gaya small bun okay?

SAINT LAURENT Le 5 à 7 Leather Shoulder Bag Cream

Foto – Pinterest / Net A Porter

Menggandingkan beg bahu berona krim daripada Saint Laurent, gaun kulit tanpa tali dan juga kasut tinggi menjadikan penampilan Hailey sesuai untuk kamu gayakan semasa berjumpa dengan rakan atau makan malam istimewa.

Kalau tanya pada DIVA, beg bahu Hailey paling cantik dan sangat menarik adalah BALENCIAGA Hourglass!

The post Selain Celine, Beg Bahu Kegemaran Hailey Bieber Ini Jadi Tumpuan appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271