Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Percutian Kamu Lebih Unggul Dengan Koleksi TUMI Musim Luruh 2022

$
0
0

Jenama pilihan untuk bagasi, TUMI menjanjikan rekaan yang ikonik dan berkekalan.

Musim luruh 2022, TUMI meneroka konsep ‘future earth’. Melihat ke arah dunia baru, TUMI mengkaji semula inovasi mereka untuk membantu perjalanan yang lebih baik, di samping planet juga.

Matlamat TUMI adalah untuk mengurangkan jejak ekologi sambil meningkatkan kesan terhadap kehidupan pelanggan mereka. Mereka mencapai ini melalui reka bentuk abadi yang selari dengan misi TUMI untuk mencipta produk yang kekal di dunia untuk generasi akan datang.

Foto – 19 Degree Aluminum International Carry-on in Truffle / Saffron – MYR 5,280.

Bagi mencapai matlamat, TUMI memperkenalkan koleksi bagasi 19 Degree yang ikonik. Bagasi aluminium itu direka cipta dalam jalur warna ombre baru, gabungan kontemporari dan klasik.

Koleksi edisi terhad 19 Degree itu meraikan kemampanan. Cengkerang dan lapisan setiap bahagian dibuat dengan bahan kitar semula, dan kemasan matte adalah yang pertama untuk koleksi. Pilihan warna lain, terdiri daripada berikut;

  • 19 Degree International Expandable Carry-on in Beetroot – MYR 3,080
  • 19 Degree International Expandable Carry-on in Midnight Black – MYR 3,350
  • 19 Degree Short Trip Expandable Packing Case in Navy – MYR 3,630
  • 19 Degree Extended Trip 4 Wheeled Packing Case in Beetroot – MYR 3,910
Foto – TUMI

Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, lawati www.tumi.my.

The post Percutian Kamu Lebih Unggul Dengan Koleksi TUMI Musim Luruh 2022 appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271