Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

#DIVAKongsi 7 Gaya Segar & Chic Bila Kenakan Fanny Pack Begini

$
0
0

Kalau kamu rasakan waist bag atau fanny pack adalah sesuai untuk mereka yang bergaya ‘ayah-ayah’, sebenarnya kamu salah!

Sekitar tahun 90-an, fanny pack atau waist bag telah menjadi salah satu item yang sangat popular.

Dan kini apabila beberapa jenama mewah seperti Celine, Alexander Wang dan Gucci cuba hidupkan semula; kamu boleh lihat betapa ramai orang terutamanya selebriti.

Sekiranya kamu mahu mencuba, DIVA ada beberapa gaya yang boleh jadikan kamu lebih chic apabila kenakan fanny pack.

Kalau suka membawa banyak barang, DIVA syorkan guna fanny pack yang mempunyai banyak poket. Boleh pakainya di pinggang atau silang di bahu. 

Foto – Pinterest

Kamu juga boleh tampil seperti model runway dengan silangkan fanny pack di badan. Cantik juga kalau jadikannya sebagai pelengkap layering. 

Foto – Pinterest

Bosan dengan gaya yang sama, kamu boleh kenakan fanny pack sebagai aksesori di badan seperti tali pinggang. DIVA sarankan untuk kamu pilih reka bentuk yang minimalis atau tidak terlalu over. 

Foto – Pinterest

Sukakan sesuatu yang menonjol atau nampak berbeza daripada orang lain, DIVA cadangkan kamu pilih warna fanny pack yang terang seperti hot pink, emerald green atau royal blue. Lilitkan di pinggang atau di badan. 

Foto – Pinterest

Untuk hasilkan ilusi kaki panjang, DIVA sarankan kamu mengenakan fanny pack di atas pusat atau di bahagian bawah dada. 

Foto – Pinterest

Gaya kasual pula, kamu boleh gayakan fanny pack dengan baju bercetak, seluar baggy dan pilihan kasut; sama ada sneaker atau Converse. 

Foto – Pinterest

Selain mengenakan fanny pack bersilang di bahagian depan, kamu juga boleh silangkannya di bahagian belakang. Padankan dengan gaya yang minimalis untuk tonjolkan lagi fanny pack kamu. 

Foto – Pinterest

Selamat mencuba!

The post #DIVAKongsi 7 Gaya Segar & Chic Bila Kenakan Fanny Pack Begini appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271