Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

#SapotLokal, My Ballerine Keluar Koleksi Baru Disney Furry Friends

$
0
0

Permainan warna, cetakan grafik Koleksi Disney Furry Friends oleh My Ballerine memang boleh buat setiap perempuan keruan.

My Ballerine, jenama fesyen yang mengutamakan keselesaan yang bergaya, mempersembahkan koleksi Furry Friends bertemakan Disney yang funky. Mengetengahkan elemen retro, koleksi menawan itu menghimpunkan watak-watak Disney, dengan reka bentuk bergaya dan selesa yang cukup dikenali oleh jenama tempatan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Ballerine MY (@myballerine_my)

Koleksi Disney Furry Friends tidak hanya terikat pada kasut, tetapi juga rangkaian pakaian dan aksesori seperti set pakaian tidur, bucket hat, tote bag dan cawan boleh guna semula. Best, koleksi ini menjemput kamu semua mencipta kenangan baru bersama mereka dengan menjadikan hidup yang lebih menyeronokkan.

Disney Furry Friends oleh My Ballerine berharga antara RM79.90 hingga RM179.90 setiap satu. Koleksi itu memperagakan 43 reka bentuk, termasuk tumit tinggi, kasut sukan, espadrilles dan flat ballerina, dan banyak lagi.

Foto – My Ballerine
Foto – My Ballerine
Foto – My Ballerine
Foto – My Ballerine

Shopping My Ballerine Disney Furry Friends di laman web sekarang!

Lihat sahaja setiap helaian koleksi, kecomelan terserlah membuatkan hati kita bahagia.

The post #SapotLokal, My Ballerine Keluar Koleksi Baru Disney Furry Friends appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271