
Memandangkan kita sudah memasuki pertengahan musim panas, beberapa trend kegemaran selebriti telah muncul. Bintang seperti Anne Hathaway, Dakota Johnson, dan beberapa lagi dilihat menggayakan beg Gucci yang ditransformasi semula dipanggil ‘Gucci Blondie’.
- Foto – Gucci
Gucci Blondie bermula sejak tahun 1971, menampilkan gaya anggun dengan perincian ikonik G. Dan versi moden debut pada pertunjukan fesyen Love Parada di LA pada bulan November lalu.
Versi moden ini merangkumi pelbagai siz, termasuk siluet klasik, beg mini dan bertali. Ia tersedia dalam kanvas kulit, suede dan monogram, tali nylon untuk gaya sporty di siang hari, atau tali rantai di malam hari dengan gaya glamor.
- Foto – Gucci
Selebriti A-list ini mengyakannya dalam pelbagai cara yang berbeza. Dakota Johnson memakainya bersama outfit yang kasual, manakala Elle Fanning dan Anne Hathaway tampil lebih bergaya di Cannes. Alexa Chung pula padankan Gucci Blondie dengan kardigan crop top dan skirt midi dari koleksi Gucci x Adidas.
- Foto – Getty
- Foto – Getty
Yang jelas, Gucci Blondie sangat mudah untuk digayakan, dan memberi statement pada penampilan.
The post ‘It’ Bag Musim Panas, Gucci Blondie Jadi Item Fesyen Pilihan Selebriti appeared first on Diva MY.