Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Cipta Semula Gaya Klasik 90-an Winona Ryder, Dari Suit Hingga Gaun!

$
0
0

Bagi yang pernah rasai tahun 90-an, pasti anda kerap mendengar nama Winona Ryder, betul tak? Aktres ikonik ini pernah mencetuskan fenomena pada suatu ketika dahulu.

Winona bukan saja terkenal sebagai seorang aktres yang berbakat dan serba boleh; malah dia pernah digelar sebagai ‘Queen of 90s’ Fashion’ tau.

Berfesyen dengan gaya signature miliknya; rambut hitam pekat, bibir merah dan sedikit gaya gothic, Winona boleh jadikan apa saja yang dipakainya nampak sangat bergaya. Daripada pakaian lelaki dan vintaj hinggalah ke penampilan kasual.

Disebabkan oleh itu, DIVA teruja nak kongsikan beberapa gaya klasik 90-an Winona Ryder yang boleh kita cipta semula, yang penting sesuai untuk digayakan pada tahun 2022 ini!

#1 Little Black Dress (LBD) untuk penampilan yang lebih klasik! Jangan  pula lupa untuk padankan dengan aksesori yang minimal seperti beg tangan mini atau anting-anting okay? 

Foto – Pinterest

#2 Untuk angelic and pure look pula, DIVA sarankan untuk anda pakai gaun seperti berikut. 

Foto – Pinterest

#3 Bagi gaya kasual, Winona nampak lebih selesa dan on point dalam pakaian denim ini!

Foto – Pinterest

#4 Sekiranya anda meminati gaya maskulin, look Winona yang berikut boleh dicipta semula. 

Foto – Pinterest

#5 Sentiasa ada setiap tahun, gaya grunge Winona ini boleh diolah sedikit untuk nampak lebih moden sesuai dengan peredaran zaman. 

Foto – Pinterest

#6 Sentiasa menggayakan leather biker jacket, DIVA pilih look berikut untuk anda gayakan!

Foto – Pinterest

Dipadankan pula dengan rambut pixie cut, memang love sangat. Jangan lupa untuk cuba gaya Winona tau!

The post Cipta Semula Gaya Klasik 90-an Winona Ryder, Dari Suit Hingga Gaun! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271