
Tidak kisahlah sama ada pergi mendaki gunung, mengembara ke pulau percutian yang dilawati mahupun sekadar bersantai dan bersiar-siar bersama kekasih pada hujung minggu, seorang lelaki pastinya memerluakan sesuatu yang versatile untuk menyerlahkan personaliti diri mereka.

Tak usah gundah, jenama fesyen tahan lasak Timberland kini hadir dengan seluar yang bukan sahaja selesa malah berpotongan versatile dan ditawarkan dalam 5 rona pilihan yang mudah disuai padan. Bukan itu sahaja, ia turut direka khas untuk melengkapkan gaya seorang lelaki berjiwa maskulin.

Khas untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2017, seluar yang digelar Chino ini memanfaatkan 97% fabrikasi jenis kapas berfungsi dengan baik untuk menyerap peluh dan basahan serta diterap dengan 3% elastane sebagai elemen elastik) agar berupaya menyumbang pergerakan yang tidak terbatas buat si pemakai.
***Klik pada gambar untuk lihat imej lebih besar dan jelas




Ia boleh didapatkan apda harga dari RM249 – RM399 sepasang.
Untuk lihat koleksi penuh Chino Timberland dari koleksi Musim Bunga.Panas 2017 ini , sila klik [timberland.com.my].