Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

UNIQLO X Roger Federer, T-Shirt Grafik RF Kini Tersedia Dalam 2 Warna

$
0
0

Bermula semalam (27/7/2022), t-shirt grafik berlogo RF yang dicipta oleh Duta Jenama Global UNIQLO, Roger Federer kini tersedia dalam dua warna asas. T-shirt grafik berlogo RF ini merupakan keluaran kedua antara UNIQLO X Roger Federer selepas koleksi pertamanya; topi RF pada Disember 2020.

Dalam menghasilkan t-shirt grafik ini, Roger dan pasukan reka bentuk UNIQLO telah membuat pemilihan yang teliti terhadap rekaan dan siluet baju.

“Logo RF penting pada saya, sebagai cara untuk bawa rasa perhubungan dan komuniti pada peminat. Selepas topi RF, saya memutuskan untuk keluarkan t-shirt RF yang boleh peminat pakai ikut gaya tersendiri.”

Foto – UNIQLO X Roger Federer

T-shirt ini diperbuat menggunakan kapas Supima® yang berkualiti tinggi, direka dengan poket pada dada kiri yang dihiasi dengan logo RF. Untuk warnanya pula, t-shirt ini disediakan dalam variasi warna putih dan hitam.

Foto – UNIQLO X Roger Federer

Berharga RM59.90/sepasang, RF Graphic T-Shirt ini boleh didapati dalam pelbagai saiz (SX-XXL) dan warna (hitam/putih) di web [UNIQLO] dan kedai terpilih.

Happy shopping!

The post UNIQLO X Roger Federer, T-Shirt Grafik RF Kini Tersedia Dalam 2 Warna appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271